Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baharu 2013..

dear bloggers..

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2013 dan selamat tinggal tahun 2012. dengan berakhirnya tahun 2012 maka kita hendaklah menyiapkan diri untuk menghadapi gelombang cabaran yang bakal kita tempuhi bagi tahun 2013 walaupun sebenarnya kita tidak tahu apakah gelombang tersebut. Walau bagaimanapun, selaku manusia kita pasti menginginkan kehidupan yang sempurna, aman, cukup segalanya terutama keperluan asas, dan kesihatan tubuh badan yang sentiasa baik dan juga kehidupan yang diberkati Allah S.W.T. 

kepada semua bloggers, apakah azam tahun baharu anda? mesti ada yang telah menyenaraikan azam baharu tetapi bagaimanakah dengan azam lama? memang sukar hendak merealisasikan azam baharu, seperti saya yang berazam untuk mendapatkan lesen memandu tetapi masuk tahun baharu saya masih gagal mendapatkan lesen memandu. hehehehe.. lucu kan. walau apa pun yang telah kita azamkan, usaha keras untuk mencapai azam itu adalah dituntut. 

bersempena tahun 2013 ini, marilah kita bersama-sama berusaha memperbaiki kualiti hidup samada dari segi sosial, ekonomi, kesihatan dan sebagainya. moga tahun baharu ini memberikan kita kejayaan demi kejayaan untuk menghadapi cabaran demi cabaran yang datang. apa yang perlu adalah usaha gigih untuk terus berjaya. anda boleh..





peace...

No comments:

Post a Comment