semalam turun lepak di sebuah restoran bersama seorang kawan karib, sambil makan kitaorang bercerita mengenai idea untuk menyambut ulang tahun percintaan mereka.. hendak dijadikan cerita, kawan saya tu sangat runsing memikirkan kaedah dan cara terbaik untuk membuat acara tersebut sesuatu yang akan diingati dan sesuatu yang sangat romantik, romantik bukan sahaja dari segi tempat, malah hadiah yang akan diberikan. kadang kala adalah perlu untuk si lelaki berbelanja lebih untuk membuatkan hati si wanita gembira dan teruja tetapi perlu diingatkan agar melihat kepada isi dompet dan kemampuan agar tidak berbelanja sehingga diri menjadi pokai. memang tidak dinafikan, hadiah dan pemberian ikhlas si lelaki merupakan bukti dan pengikat kasih sayang.
Setiap kali tibanya hari istimewa sang kekasihnya, detik cemas mula menghantui diri, panik dan boleh dikatakan si lelaki sanggup melakukan apa sahaja demi cintanya. mungkin ini merupakan sindrom kepada semua lelaki yang hangat bercinta, terlalu taksub dan sentiasa ingin tampil hebat di mata kekasihnya. walau bagaimanapun, sekali lagi diingatkan, anda bebas berbuat apa sahaja tapi sentiasa waspada... jangan sampai pokai...
5 tips untuk si lelaki agar tidak menjadi pokai:
- Berbelanja Mengikut Kemampuan - sediakan bajet yang sesuai untuk acara tersebut. bajet hendaklah merangkumi semua aspek seperti belanja makan di restoran, tiket wayang, minyak kereta, tol jalan raya dan yang penting hadiah. bajet juga perlu disediakan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini dan diluar batasan iaitu perbelanjaan luar jangka. sekiranya duit gaji anda hanya cukup-cukup makan sahaja, menabung adalah keadah baik untuk memantapkan sumber kewangan,
- Kesederhanan adalah Dituntut - adalah baik sekiranya si lelaki membuat perbandingan harga setiap barangan atau hadiah yang hendak diberikan kepada si kekasih. memilih store yang menawarkan harga istimewa dan potongan harga sehingga 90% merupakan langkah bijak. kepada sang kekasih pula, jangan dinilai kepada harga barangan tetapi lihatlah kepada nilai kasih sayang dicurahkan yang diwakili oleh hadiah tersebut.
- Kad Kredit - opssssssss... seboleh-bolehnya jangan mengunakan kad kredit untuk tujuan ini melainkan anda mempunyai cukup bajet untuk membayar kesemua perbelanjaan yang telah digunakan. Ramai yang telah bankrap kerana kegagalan membayar semula hutang kad kredit. untuk mengetahui cara terbaik mambayar hutang kad kredit, anda dinasihati untuk menghubungi atau melayari laman sasawang AKPK. banyak tips boleh dijadikan panduan.
- Jangan Berhutang - arghhhhh.. hutang je .. hujung bulan boleh bayar... tebiat berhutang kepada kekawan merupakan satu langkah yang kurang sihat. hutang kepada along pula merupakan satu kesilapan besar. sekiranya anda tidak cukup wang untuk membeli hadiah ataupun berbelanja untuk si kekasih, adalah lebih baik untuk anda berjumpa dan berterus terang yang anda mempunyai masalah kewangan. sebenarnya si wanita lebih menghargai kehadiran anda pada hari-hari penting dan bukan hadiah dan sambutan yang menjadi ukuran.
- Waspada Kekasih Pisau Cukur - tidak semua kekasih merupakan pisau cukur tetapi sebagai lelaki kenalah berwaspada kepada kekasih jenis ni. godaan dan kata-kata manis diikuti dengan pergerakan tubuh badan bisa membuatkan si lelaki terpesona dengan pujukan dan rayuan. akhirnya si lelaki akan terperangkap untuk berbelanja lebih demi kepuasan si pisau cukur. kepuasan si dia merupakan kesengsaraan kepada anda.
rumusanya, cinta itu indah, cinta juga suci dan cinta itu kebahagian, cinta bukanlah kesengsaraan dan cinta tidak harus menjadikan diri kita pokai.
peace...
guys, jgn lupa follow tips di atas ye..^_*
ReplyDeletekena start membuat perancangan kewangan ni.. hehhehe....
ReplyDeletebetul tuh..like ur tips..esp bab kekasih pisau cukur tuh..klu laki dpt kekasih pisau cukur, pergi la cari lain..selamat hidup..hehehe..
ReplyDeleteelyn.. yeas... but as perempuan juga kena berhati-hati dengan lelaki jenis kaki kikis... nanti di kikis semuanya...susah juga kan.. tq for comment... yeahhhhhhhhaaaaaa
ReplyDeleteBetui la tu. Dah pokai, apa pun x dapat.
ReplyDeletetips ni bunga pom leh pakai kan kan..walau bunga pompuan..heee..tq..mmg rasa pokai bila pakai kad kredit..dah serikkk..skrg duk cari iktiar tuk bayar pas 2 nak potonggggggggggggg...
ReplyDeleteyes bunga... kita kena berdisiplin untuk menggunakan kad kredit...
ReplyDeletewaspada kepade pisau cukur.. yang tu bahayaa!!!
ReplyDeleteyea.. but 99% wanita adalah baik..
ReplyDeletehehe..aku menyokong statement 99% wanita adalah baik tp tidak sebaik aku..ahaha
ReplyDeletewalaupun wanita tu tidak baik.. tapi dalam hati ada taman.. ewah ewah ...
ReplyDelete