Tuesday, February 5, 2013

Sapi Island aka pulau Sapi

Dear bloggers....

baru-baru ini saya telah bercuti di Pulau Sapi, salah satu gugusan pulau yang terdapat di Taman Maritim Tunku Abdul Rahman. buat pertama kali menjejaki kaki ke pulau ini sememangnya amat mengujakan terutama kepada anda yang meminati keindahan alam semulajadi. Keindahan yang tiada tandingnya membuatkan pulau ini menjadi destinasi pilihan kepada pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu. Perjalanan ke pulau ini  dari tanah besar Kota Kinabalu hanya mengambil masa 20minit. Bagi anda yang ingin berkunjung ke sini tentunya tertanya-tanya apakah aktiviti yang akan dilakukan selain daripada mandi manda di tepi pantai. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti bermain Banana Boat, Scuba Diving, Parasiling, Snorkeling dan macam-macam aktiviti pantai mengikuti kegemaran anda.

Menggunakan kuasa enjin Yamaha 150, perjalanan hanya mengambil
 masa 20minit sahaja.

kejernihan air laut dan kehijauanya amat memukau mata

Pemandangan Pulau Sapi

Pantai yang bersih dan memutih

bersantai bersama keluarga di tepian pantai ini
pastinya mengamit seribu kenangan

keindahan pulau yang sentiasa menjadi tarikan pelancong

amat mempersonakan

memukau ...

Ikan di sana sini ..

yang telah merancang untuk ke Kota Kinabalu, jangan lupa selitkan itinerary anda ke Pulau Sapi ataupun mana-mana pulau dalan gugusan Taman Tunku Abdul Rahman. anda pasti terpegun... datanglah ke Kota Kinabalu. Bandaraya Peranginan semulajadi.


peace,,

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baharu 2013..

dear bloggers..

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2013 dan selamat tinggal tahun 2012. dengan berakhirnya tahun 2012 maka kita hendaklah menyiapkan diri untuk menghadapi gelombang cabaran yang bakal kita tempuhi bagi tahun 2013 walaupun sebenarnya kita tidak tahu apakah gelombang tersebut. Walau bagaimanapun, selaku manusia kita pasti menginginkan kehidupan yang sempurna, aman, cukup segalanya terutama keperluan asas, dan kesihatan tubuh badan yang sentiasa baik dan juga kehidupan yang diberkati Allah S.W.T. 

kepada semua bloggers, apakah azam tahun baharu anda? mesti ada yang telah menyenaraikan azam baharu tetapi bagaimanakah dengan azam lama? memang sukar hendak merealisasikan azam baharu, seperti saya yang berazam untuk mendapatkan lesen memandu tetapi masuk tahun baharu saya masih gagal mendapatkan lesen memandu. hehehehe.. lucu kan. walau apa pun yang telah kita azamkan, usaha keras untuk mencapai azam itu adalah dituntut. 

bersempena tahun 2013 ini, marilah kita bersama-sama berusaha memperbaiki kualiti hidup samada dari segi sosial, ekonomi, kesihatan dan sebagainya. moga tahun baharu ini memberikan kita kejayaan demi kejayaan untuk menghadapi cabaran demi cabaran yang datang. apa yang perlu adalah usaha gigih untuk terus berjaya. anda boleh..





peace...

Sunday, December 30, 2012

Hard Rock Kota Kinabalu....

dear bloggers...

Berita gembiran bagi anda yang meminati Hard Rock Cafe kini telah dibuka di Bandaraya kota kinabalu. Ketika ini, hanya Hard Rock shop sahaja yang beroperasi dan Hard Rock Cafe akan mula beroperasi pada tahun 2013. kepada yang telah datang ke Kota Kinabalu, jangan lupa singgah sebentar di Hard Rock Shop yang terletak di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu berhampiran dengan Oceanus untuk mendapatkan barangan Hard Rock yang terdiri daripada baju, glass, mug, hard rock zippo dan macam-macam lagi. 

Hard Rock Kota Kinabalu 

peace..