Saturday, January 8, 2011

lagi zaman dulu-dulu......


cuba cari di mana e1-tribe kat pic ni..


waktu persekolahan telah pun bermula... di dada-dada akhbar, ramai jugalah kanak-kanak sekolah ni menangis bila ditinggalkan ibubapa kat kelas.. kesihan pula tengok tu.. anak-anak member pun ada juga yang menangis.. terpaksa ambil cuti bagi temankan anak ke sekolah.. ermmm..saya tidak ingat la time mula saya masuk sekolah, adakah saya juga menangis atau tidak.. but macam tidak lah.. biasa sudah hidup berdikari time tu. hahahhahaa.. konon lah ...

pict di atas tu.. ni ada nilai sentimental....waktu ni darjah 3.. SK Likas.. cikgu yang kat tengah tu namanya adalah Cikgu Kamaruddin.. dia guru kelas dan ajar kami matematik.... orang kata dunia ni kecil, apa tidak kecil, rakan sekelas time sekolah ni adalah rakan sekerja saya ketika ni.... ada juga yang bukan rakan sekelas, tapi rakan sekolah pun jadi rakan sekerja.. tetapi ramai juga dalam pict tu yang lost contact...

Jadi mana-mana member yang ada melihat pict ni, dan ada nampak wajah sendiri, jangan segan dan malu. plssssss.. hubungi saya.. mungkina kita boleh lepak bersama.. banyak perkara yang perlu diceritakan... mengimbau zaman sekolah  bersama...

peace....


Monday, January 3, 2011

Dahulu dan Kini

27 Disember 2010 yang lalu,Xstudent SMKM (SMK Menggatal kini dikenali sebagai SMK Bandaraya) tahun 1996 telah mengadakan reunion. pada mulanya reunion ini telah mendapat sambutan hangat tetapi pada saat akhir, ramai member telah menarik diri atas urusan peribadi. fuhhhhhh, nasib sempat cancel booking di Le Meridian, kalau tidak siapa yang mahu bayar... walaupun tidak mendapat sambutan hangat, reunion tersebut telah berlangsung dengan jayanya, meriah dan telah mengimbau kenangan masa lampau.

yang menariknya, penampilan member yang hadir penuh kejutan. ramai yang sudah berubah, ada yang sangat berjaya dalam kerjaya ada juga yang hampir-hampir tidak kenal. sejak tahun 1996 sehingga 2010, reunion ini merupakan kali pertama diadakan dan ada yang kali pertama berjumpa sejak berpisah pada tahun 1996 kira-kira 14 tahun yang lalu.

pendedahan berani ni.. hehehe.. dulu dan sekarang dah banyak berubah...


Dahulu.....


gambar kenangan lama.. bersama geng keras...
lihatlah dunia betapa kurusnya badan ku ini. hahhaa...




Ketika persiapan akhir hari kokurikulum sekolah..




Ketika sambutan hari jadi member.
party birthday belakang pentas...


Tingkatan 6 Rendah SMK Menggatal (SMK Bandaraya)
jadi Pengawas sekolah time tu..


sekarang ......



antara member yang hadir..







reunion pertama 27 Disember 2010
tetap meriah dan melakar sejaranya tersendiri.


peace....