Sunday, March 20, 2011

Bandaraya Kota Kinabalu.. segalanya ada disini...

Dear bloggers / pembaca budiman


Dimanakah tempat percutian idaman anda? adakah ia Paris, London, US, New Zealand, Bangkok, Manila, Vietnam, Brunei Darul Salam, Canada, Hong Kong ataupun Kota Kinabalu? sememangnya semua kota yang disebutkan ini mempunyai keistimewanya tersediri. terpeluang kepada bajet anda untuk memilih mana yang sesuai. Pun begitu, selaku anak jati Bandaraya Kota Kinabalu saya amat berbangga untuk mempromosi Kota Kinabalu sebagai sebuah destinasi Pelancongan Ideal untuk anda.  SEGALANYA ADA DISINI ....  dari gugusan gunung kinabalu sehingga pulau sekitar adalah bakal disajikan kepada semua pelancong yang hadir. Nature, City Excitment, Sport / Adventures, Historical / Heritage, Island, Leisure, Tamu (Pasar Siang, Pasar Malam), SPA dan Wildlife tidak ketinggalan untuk mereka yang mengemari makanan laut, Kota Kinabalu adalah syurga seafood. layari laman sasawang http://www.sabahtourism.com/ untuk maklumat lanjut.

 satu yang menjadi daya tarikan di Kota Kinabalu adalah layanan mesra masyarakat Kota Kinabalu khasnya dan Sabah amnya. anda akan disambut oleh senyuman manis dan keramahan yang tiada tandinganya. Silalah berkunjung ke Kota Kinabalu Sabah. Bandaraya Peranginan Semulajadi.

peace...


2 comments: