Dear Bloggers / Pembaca Budiman
setelah sekian lama mendiamkan diri disebabkan keperluan kerja yang harus diutamakan, kini saya tampil kembali untuk mengisi ruang dan mengambil peluang yang ada untuk membuat n3 kali ini.
kita sedia maklum bahawa, Negara Jepun yang telah dilanda gempa bumi dengan kekuatan 8.9 sekala ritcher telah mengemparkan dunia. mengikuti akhbar tempatan, dilaporkan sekurang-kurang 10,000 orang terkorban akibat gempa bumi dan tsunami yang telah melanda pada 11 Mac 2011 yang lepas. bencana ini telah diburukan lagi dengan kejadian kebocoran Nuclear Fakushima Daiici ini mengakibatkan ancaman radiasi di kawasan sekitar kemungkinan terjadi. Apa yang saya ingin jadikan cerita pada blog kali ini adalah, gempa bumi dan tsunami yang melanda jepun ini telah membawa kesan kepada penduduk di Kota Kinabalu terutama kepada mereka yang menetap di tebian pantai dan pulau-pulau yang berhampiran. Amaran untuk mengambil langkah berjaga-jaga telah dikeluarkan bermula 6 petang sehingga jam 12 malam pada masa kejadian tersebut berlaku.
Akibat daripada amaran ini, kita menerima pelbagai amaran melalui khidmat pesanan ringkan (SMS) yang kononnya kita harus menjauhi diri daripada terkena air hujan kerana kandungan air hujan yang turun mengandungi asid yang boleh mengakibatkan kanser, lecur pada kulit dan sebagainya. Amaran yang dikeluarkan oleh orang yang tidak dikenalpasti ini telah menyebabkan fenomena luar biasa bilamana saya sendiri telah menerima pesanan ini melalui seorang kawan rapat. Yang pastinya, syarikat telco juga yang akan mendapat keuntungan tinggi atas caj penghantaran SMS tersebut.
menurut petikan akhbar tempatan hari ini - daily Express 16 Mac 2011 (rabu) halaman 3 'Ignore SMS on radiation: DPM. Jadi tidak perlu lah kita terlalu risau akan kejadian radiasi tersebut kerana kerajaan sentiasa memantau perkembangan semasa yang berlaku di Jepun.
peace.
No comments:
Post a Comment