Saturday, April 16, 2011

Pertandingan Sugandoi 2011 Peringkat Bandaraya kota Kinabalu




dear blogers / Pembaca budiman

ni saya nak membuat promosi kepada semua warga Bandaraya Kota Kinabalu yang mempunyai bakat dalam nyanyian boleh mengikuti Pertandingan Sugandoi 2011 peringkat bandaraya Kota Kinabalu. Pertandingan ini adalah bersempena dengan sambutan Pesta Kaamatan yang bakal menjelang tiba. Maklumat di bawah saya perolehi daripada Emel yang telah dihantar kepada saya oleh pihak penganjur dan sebagai menyokong aktiviti yang dianjurkan, maka saya jadikan sebagai n3 untuk makluman dan tindakan kepada yang berminat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------





Selamat Sejahtera Tuan/Puan,

bersempena dengan sambutan Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2011,  DBKK akan menganjurkan Sugandoi 2011.

Tuan/Puan yang mungkin berbakat menyanyi ataupun mempunyai teman/sanak saudara yang ingin menyertainya bolehlah menghadiri Peringkat Saringan pada 20 & 21 April 2011 (Rabu dan Khamis) jam 7.00 malam di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dengan membawa salinan Kad Pengenalan, yuran RM5 dan CD minus one.

Syarat-syarat kelayakan penyertaan  ialah :

        -        Mestilah berumur 18 tahun ke atas
        -        Warganegara Malaysia dari Suku Kaum KDM
        -        Johan Sugandoi Peringkat Negeri adalah tidak layak menyertai

Bagi yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan dari Jab.Hal Ehwal Korporat atau datang terus ke Dewan Masyarakat KK untuk saringan pada tarikh tersebut di atas.  

Hadiah-hadiah yang ditawarkan berupa :

                        Johan                -        RM1000 beserta piala dan sijil
                        Naib Johan        -        RM800 beserta piala dan sijil
                        Ketiga                -        RM500 beserta piala dan sijil
                        4 - 7                -        RM200 dan sijil

*Senarai lagu wajib boleh dirujuk kepada En.Marsuadi Saiman/Pn.Donna Masidah (088-521800 ext.763)  di Jabatan Hal Ehwal Korporat.





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



peace...

Monday, April 11, 2011

Terus maju Pasukan Bola Sepak SABAH..



Imej :Carian Google.



Imej: Carian Google.




Tahniah kepada pasukan Bola Sepak Sabah yang berjaya menewaskan pasukan Bola Sepak Perak pada perlawanan Liga Super hari Sabtu lepas (09 April 2011) . Meskipun menang tipis tetapi cukup untuk mendapat 3 lagi mata . Jadikan kemenangan ini pembakar semangat dan pencetus inspirasi untuk terus berusaha mengapai kemenangan pada perlawanan yang akan datang. Walaupun pasukan Bola Sepak masih jauh ketinggalan pada kedudukan carta Liga, tetapi tidak menjadi halangan bagi saya untuk terus menyokong pasukan Negeri di Bawah Bayu ni. Sabah Boleh, Pemain Boleh. SAFA Boleh..

Peace.