Sunday, December 18, 2011

TAHUN 2011 ....

Dear Bloggers ...

Tahun 2011 dah hampir ke penghujungnya, hanya tinggal beberapa hari sahaja kita akan menyambut tahun baharu 2012. Tahun yang pastinya akan lebih mencabar, pelbagai dugaan dan halangan pun begitu kita mengharapkan agar 2012 lebih membawa kepada kebahagian, mendapat apa yang kita inginkan dan lebih sejahtera.

Tahun 2011 ini ada beberapa carta yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Carta tersebut adalah perkara yang disukai sepanjang tahun 2011 ini.


LAGU YANG DISUKAI



lagu SERIBU SESALAN nyanyian Ning Baizura, Shiela dan Jacquline ini memang mendapat perhatian ramai orang, saya juga tidak terkecuali untuk meminati lagu ini.  Gabungan suara 3 wanita ini begitu terserah dan mantap menjadikan saya tidak pernah bosan untuk sentiasa mendengar lagu ini melalui youtube.



FILEM MELAYU PALING DISUKAI




yea, saya memang mengemari filem KL Gangster ini. kekuatan filem bukan sahaja daripada para pelakon 5 bintang Malaysia, malah memiliki sinopsis cerita yang baik dan memiliki unsur komedi, ganas, kekeluargaan dan pengajaran. Nampaknya saya tidak sabar untuk menanti kemunculan KL Gangster 2 .


DRAMA PALING DISUKAI




Saya sebenarnya tidak pernah mengikuti perkembangan artis-artis korea apatah lagi drama-drama korea yang sering mendapat perhatian rakyat Malaysia. fenomena Kpop umpana tsunami melanda Malaysia sehingga ada beberapa artis yang begitu taksub dengan Kpop style. saya pula telah jatuh cinta dengan GLORY JANE lakonan hebat Park Min Young , Chun Jung Myung dan Lee Jang Woo. Drama ini adalah drama pertama korea yang saya gilai.


PENYANYI YANG PALING DISUKAI



mestipun begitu ramai artis baharu muncul mewarnai persada tanah air dan nama mereka begitu gah dan lagu-lagu yang mereka nyanyikan begitu asyik, namum ia tidak mengugat saya untuk terus meminati Fauziah Latiff. Artis yang sekian lama menjadi idola ini tiada tandinganya.




saya percaya anda juga mempunyai perkara yang paling diminati, apa yang saya minati sudah semestinya tidak sama dengan apa yang anda minati. sudah menjadi lumrah dunia selera manusia adalah berbeza. ada beberapa perkara lagi yang saya minati tetapi ia akan bersambung pada catatan yang akan datang.

peace.

Kesemua gambar diatas bukan milik saya. ia adalah hasil carian google images.

Monday, December 12, 2011

BOYCE AVENUE - Best Of Acoustic Sessions

Dear Blogger ..


Kumpulan Muzik yang mendapat perhatian saya ketika ini adalah BOYCE AVENUE ... Album Boyce Avenue - Best Of Acoustic Session sememangnya best . Kumpulan Boyce Avenue ni terdiri daripada tiga orang anggota, mereka adalah adik beradik iaitu Alejandro Manzano(Lead Vocals, Guitar, Piano), Fabian Manzano (guitar, keyboard, background vocals) dan Daniel Manzano (bass, percussion, background vocals). kumpulan ini mula dikenali pada tahun 2007 apabila lagu pertama yang rekod dan di rakam dimasukkan kedalam youtube dan mendapat perhatian dunia. bermula daripada itu, nama Boyce Avenue berada di hujung jari pengemar youtube.






Sebanyak 18  buah lagu yang terkandung dalam album ini seperti berikut :

  1. Bleeding Love
  2. Apologize
  3. With You
  4. Umbrella
  5. Realize
  6. No Air
  7. Hate That I Love You
  8. Disturbia
  9. No One / Tatoo
  10. Viva La Vida
  11. Because Of You
  12. Closer
  13. Chasing Cars
  14. Wonderwall
  15. Love Lockdown
  16. What Goes Around / Rehab
  17. Chane Your Mind
  18. Tonight

anda yang ingin mendengar lagu-lagu dalam album ni, bolehlah melayari youtube.com dengan membuat pilihan kepada Boyce Avenue.  Anda pasti jatuh cinta pada lagu-lagu yang mereka nyanyikan.


Peace...

Sunday, December 11, 2011

AZAM TAHUN BAHARU ...

Dear Blogger..

Nampaknya lama saya tidak mengemaskini blog e1-tribe ni. Bukan disebabkan sibuk dengan kerja harian tetapi tiada topik yang hendak diketengahkan dan hendak dikongsi bersama. Maklumlah, semakin kita berusia semakin itulah otak kita tidak berdaya untuk berfikir dengan baik seperti waktu zaman remaja. kemungkinan kurangnya saya membaca dan kurangnya aktiviti pergaulan sesama sahabat membuatkan saya tidak mempunyai topik untuk diperkatakan selain kurangnya saya membuat lawatan- ke blog -blog lain (blogwalking)..


Tahun 2011 semakin hampir menutup tirainya. Ramai sahabat bertanya adakah azam tahun 2011 telah dilaksanakan? terus terang saya katakan disini, saya tidak menaruh harapan yang tinggi ketika membuat azam diawal tahun 2011.  yang saya inginkan adalah untuk mencapai apa yang terbaik dalam kerjaya. Ya, saya tidak nafikan saya ingin kenaikkan pangkat dan ingin kenaikkan gaji tetapi nampaknya rezeki itu belum menyebelahi saya dan saya tetap bersyukur terhadap yang saya perolehi kini. Saya bersyukur kerana kerja saya tidak seteruk mereka yang lain, saya bersyukur kerana gaji yang saya perolehi kini dan saya bersyukur mempunyai rakan sekerja yang boleh diharapkan. Saya berdoa agar kita semua akan diberikan rezeki yang luas oleh Allah S.W.T. ( God Willing - InsyaAllah)

Untuk tahun 2012 ini pula, ada beberapa sasaran yang telah dikenalpasti cuma untuk catatan kali ini saya rahsiakan terlebih dahulu kerana tahun 2011 masih berbaki 3 minggu anda yang belum mencapai sasaran untuk tahun 2011, pergunakanlah baki 3 minggu ini untuk mencapai sasaran anda.

Jadi kepada anda yang ingin membuat azam tahun 2012, berfikir secara waras sebelum menentukan azam tahun 2012. 

anda adalah penentu arah tuju kehidupan anda.



peace...





Monday, November 14, 2011

HAPPY BIRTHDAY ROSMAH DATU MUTALIB

Mama Ros ....



HAPPY BIRTHDAY 
Moga Sihat Walafiat,
Murah Rezeki
Dipanjangkan Usia
Maintain Muda

Sunday, November 13, 2011

Pekan Koboi vs Balan-Balan.

Dear Bloggers

pada 12 haribulan 11 yang lalu, saya telah mengikuti rombongan Jabatan ke satu destinasi terkenal di Negeri Sabah iaitu Kota Belud. Kota Belud ini terkenal bukan sahaja dengan tamu besarnya tetapi ia juga dikenali dengan kepakaran rakyatnya menunggang kuda.

tetapi apa yang hendak dijadikan cerita adalah bukan aksi penunggang kudanya, dan bukan mengenai tamu besarnya. tetapi adalah berkenaan dengan kisah lawatan ke kota belud anjuran jabatan tempat saya bekerja. ramai yang tertanya-tanya mengapa kota belud dijadikan destinasi pilihan untuk lawatan kali ini, alasan yang paling nyata adalah Pakej penginapan yang ditawarkan oleh Usukan Cove Lodge adalah yang paling berpatutan disamping menawarkan harga yang paling murah sesuai dengan bajet.


sebelum bertolak ke kota belud, macam-macam cerita yang tidak sedap didengari apatah lagi ia berkenaan dengan kisah Balan-Balan yang begitu senonim dengan daerah Koboi ini. Akibatnya ramai diantara ahli rombongan membawa limau sebagai pelindung. dikatakan Balan-Balan ini takut dengan limau kerana bau limau yang begitu kuat. Malah saya sendiri diberikan sebiji limau untuk diletakkan di tepi katil.  Ada juga yang mengatakan, Balan-Balan ini takut dengan benda tajam seperti paku dan pokok yang berduri kerana takut isi perut yang diheret bersama ketika terbang tersangkut pada benda tajam tersebut. ada juga peringatan diberikan sekirnya terdengar bunyi umpama burung, kalau bunyi tersebut kedengar jauh ini bermakna Balan-Balan tersebut berada berhampiran anda, dan sebaliknya sekiranya bunyi tersebut kedengaran dekat maka Balan-Balan itu berada jauh. 

Kisah Balan-Balan ini sebenarnya telah diturunkan dari mulut ke mulut sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Malah ada filem diterbitkan.  Walau bagaimanapun, rasanya tidak perlu takut untuk ke kota belud kerana pekan koboi ini sebenarnya satu pekan yang begitu cantik dengan keajaiban alam semula jadinya. untuk n3 yang akan datang saya akan memperlihatkan betapa cantiknya kawasan Usukan Cove Lodge ini dan sekiranya ingin untuk bermalam di lodge ini bolehlah melayari laman sasawang Inno Sabah atau pergi sahaja ke Enjin Pencarian dan taip usukan cove lodge. anda pasti tertarik..

peace.

Wednesday, November 9, 2011

Pisang ..

Dear Blogger

Kepada yang mempunyai Tekanan Darah Tinggi, amalkan makan buah Pisang. Tetapi awas, jangan sampai terlebih makan, cukup sekadar sebiji ketika pagi dan sebiji ketika petang.  Insyaallah, Tekanan darah anda akan menurun dan kembali normal. Tetapi selain makan buah pisang, pastikan anda juga bersenam bagi menguatkan otot jantung dan kesihatan yang unggul. Harus disedari, Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat sebaiknya adalah penyebab kepada penyakit jantung, strok serta kegagalan fungsi buah pinggang.

Imej : google Images Search


anda juga dinasihatkan agar meminum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari agar badan anda tidak kekurangan air. saya pernah terbaca satu artikel yang mengatakan minum air sejurus lepas bangun dan minum air sebelum masuk tidur, tidak salah amalkan petua dan nasihat yang diberikan oleh rakan Blogger demi kesejahteraan hidup anda dan keluarga.


Imej : Google Images Search


kepada anda yang dah meningkat dewasa dan lanjut usia, adalah digalakkan minum susu. Susu baik untuk Tulang. Saya juga meminum susu setiap hari, tetapi seperti buah pisang, meminum susu terlalu banyak juga akan memudaratkan kesihatan. jadi minum susu mengikut aturan yang betul dan cara yang betul. saya pernah terbaca satu blogs (tidak ingat blog sapa) mengikuti blogger tersebut, kalau minum susu Anlene yang dibancuh, haruslah dengan mengguakan air sejuk ataupun air suam dan tidak dibenarkan menggunakan air panas demi menjaga kandungan Nano Kalsium pada susu tersebut. 

Imej : Lawan sasawang www. anlene.com.au



walau bagaimanapun, setelah mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kesihatan diri, adalah dinasihatikan agar sentiasa peka terhadap isyarat-isyarat yang diberikan oleh badan. kekadang kita terasa sakit di bahagian tertentu pada anggota badan tetapi diabaikan sedangkan sakit yang kita rasa itu, merupakan isyarat badan kepada kita agar membuat pemeriksaan lanjut. kita sering melihat di kaca TV bilamana ada doktor mengatakan "anda telah terlewat, sekiranya awal datang ke Hospital, mungkin penyakit anda boleh dirawati" , kita pastinya tidak ingin ungkapan sedemikian diberikan kepada kita kerana ia pasti akan mengecewakan, jesteru itu, jaga kesihatan sebelum terlewat.

peace.

Monday, November 7, 2011

google cipta doddle untuk Marie Curie...

Dear Bloggers.....


Hari ini google telah mencipta doddle baharu khusus untuk memperingati Marie Curie .. Ulang Tahun kelahiran beliau untuk hari ini 7 November 2011 adalah yang ke 144 tahun. Beliau yang pakar dalam perihal Radioactive pernah pernah Noble Prize sebanyak dua kali.. Marie lah yang telah menjumpai elements polonium and radium yang telah mendapat pengiktirafan dunia.


untuk mengetahui kisah lanjut mengenai Marie Curie ni, boleh melayari laman sasawang berikut : http://ibnlive.in.com/news/google-doodles-marie-curies-144th-birthday/199841-11.html atau pun kalau tidak dapat, cuba yang ini pula http://www.nobelprize.org/nobel_prizes/physics/laureates/1903/marie-curie-bio.html  selamat membaca mengenai Marie Curie untuk pengetahuan anda .. Orang cakap, membaca ni ubat minda... hehehe..

Imej dari : Nobelprize "Marie Curie"





peace..

Sunday, October 2, 2011

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2011

Sekadar ingin berkongsi maklumat dan sekiranya berminat, tidak salah untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang  sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2011.




Sumber : Laman Sasawang Kerajaan Negeri Sabah
 http://www.sabah.gov.my/

Sumber: Laman Sasawang Kerajaan Negeri Sabah
 http://www.sabah.gov.my/

Selain daripada 2 aktiviti yang dipromosikan seperti di atas, banyak aktiviti yang telah dirancang pihak penganjur antaranya adalah:
  • Konvensyen Hari Peladang, Penternak dan Nelayan / 05 Oktober 2011 / Kompleks Tabung Haji Sembulan, Kota Kinabalu
  • Battle of The Band & Nyayian Solo Dangdut / 06 - 09 Oktober 2011 / Pentas Utama Tapak Tamu KPD Teluk Likas / 10.00pagi - 10.00malam / Pegawai Penyelaras : Encik Mohd Neezam Moktar (0165887828) atau Encik Zaid Yakub (0135482890)
  • Gerai Pameran Pertanian / 06 - 09 Oktober 2011 / Tapak Tamu KPD Teluk Likas
  • Gerai Pameran dan Pelelongan Pertanian / 06 - 09 Oktober 2011 / Tapak Tamu KPD Teluk Likas
  • Tamu Tradisi dan Karnival Makanan Tradisi / 06 - 09 Oktober 2011 / Tapak Tamu KPD Teluk Likas
  • Acara hiburan oleh penyanyi dan pemuzik tempatan, persembahan muzik tradisi seperti gambus dan kulintangan, pertandingan nyanyian dangdut, Battle of the band dan pelbagai acara hiburan sepanjang HPPNS 2011 berlangsung

Majlis Perasmian akan diadakan pda 06 Oktober 2011 dan Majlis Penutupan pula akan diadakan pada 09 Oktober 2011. kedua-dua majlis ini akan diadakan di Tapak Tamu KPD Teluk Likas Kota kinabalu. Datanglah beramai-ramai memeriahkan acara ini. Anda pasti teruja....

Sumber :
Laman Sasawang Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah : www.sabah.gov.my/madfi/ 






Peace No War...

Tuesday, September 27, 2011

Sambutan Ulang Tahun ke-13 Google.com

Imej: google.com


Kek yang dihidangkan dengan 13 batang lilin menunjukkan google.com menyambut Ulang Tahun ke 13 kewujudan laman pencarian dan berpengaruh terbesar dunia ini. 27 September 2011, google telah mencipta doodle khusus untuk hari istimewanya sendiri.



SELAMAT ULANG TAHUN ke-13 google.com



Peace No War..

Monday, September 26, 2011

Tayangan Hebat - Harus Tonton di Hujung Minggu Anda..

Aktiviti libur di hujung minggu, hanya menonton wayang. saya sememangnya kaki wayang, minat ku kepada wayang mengatasi segalanya, sampai ada kawan yang mengatakan jikalau hendak mencari saya di hujung minggu, cari di panggung wayang. sampai macam tu sekali. tapi saya tidak kisah, yang penting hati gembira dan sedikit sebanyak dapat melepaskan tekanan kerja. Selalunya saya akan mengadakan Movieton dengan menonton sebanyak 3 filem dalam satu hari.

Imej: Carian Google

Imej: Carian Google

Imej : Carian Google

Imej: Carian Google

Imej: Carian Google

Imej: Carian google

Imej: Carian Google

Imej: Carian Google


Antara semua movie ni, saya paling suke Final Destinantion dan Mad Ghost 4. kedua-dua filem ni sangat mencemaskan dan mengujakan. tetapi yang ada sakit jantung, dinasihatkan agar tidak menonton cerita ni. pasti sesak nafas lepas tu. Contagion sebuah cerita yang sangat baik, para pelakon pun hebat cuma cerita ni sangat berat untuk orang-orang yang dah berumur macam saya dan ada juga sekali sekala saya terdengar orang berdengkur. 

Johnny English seronok ditonton dan ia sesuai untuk semua lapisan masyarakat. saya terhibur dengan lawak Mr. Bean yang memang kelakar. Appollo 18 pun tidak kurang hebatnya. membawa penonton ke bulan dan ada beberapa gambar yang dirakamkan oleh angkasawan menunjukkan terdapat objek  hidup di atas sana. cuma kesahihan gambar-gambar tersebut tidak dapat dipastikan kebenaranya.

filem Fright Night lakonan hebat Collin Farrel juga amat sesuai ditonton, anda tidak akan menyesal membayar RM untuk membeli tiket untuk filem ini. bagi saya filem Abduction merupakan filem anti klimaks. macam tiada kepuasan bila penjahat dengan mudah dibunuh. Pada permulaan cerita, filem ini sangat boring, banyak bercakap daripada aksi, hampir ke penghujung jalan cerita barulah filem ini menaikkan bulu roma. filem ini adalah kombinasi kepada boring dan seronok tetapi tetap hebat. filem tersebut adalah Warrior.

Peace No War..

Friday, September 23, 2011

Khairul Fahmi - Hero Harimau Muda

Imej : Carian google.


Gelaran Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol No. 1 Malaysia terbukti apabila beliau telah menunjukkan aksi hebat ketika Harimau Muda (Malaysia) menentang Jepun untuk kelayakan Sukan Olimpik London 2012 di Satdium Tosu, Fukuoka. Khairul Fahmi berjaya menyekat percubaan jaringan gol  seterusnya membuatkan Jepun bergelut untuk memastikan kemenangan.

Pun begitu , Malaysia tewas di tangan Jepun dengan jaringan 0,2. Malaysia harus bangkit dan membuat formulanya sendiri jika ingin beraksi seiring dengan pasukan gah yang lain.

Peace.


Saturday, September 17, 2011

SHAREDA PROPEX'11 - SABAH ULTIMATE HOME AND PROPERTY EXHIBITION

Dear Bloggers....



LOGO
Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah



hari ini saya ingin memakluman kepada anda semua bahawa Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah akan mengadakan SHAREDA PROPEX'11 -  SABAH ULTIMATE HOME AND PROPERY EXHIBITION yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

  • Tarikh : 30 September - 2 Oktober 2011
  • Masa : 10.00pagi - 9.30malam
  • Tempat : Sabah Trade Centre Kota Kinabalu.

Oleh itu, kepada anda termasuk saya yang masih belum memiliki rumah idaman bolehlah mengunjungi SHAREDA PROPEX'11 itu nanti. Dikabarkan sebanyak 105 booths terdiri daripada pemaju perumahan dan pelbagai syarikat berkaitan akan mengadakan pameran pada acara yang berlangsung selama 3 hari itu nanti. Datang jangan tak datang ... inilah masanya, kepada anda yang masih belum memiliki rumah sendiri untuk mendapatkan rumah idaman anda.

Saya mengharapkan akan adalah rumah yang bakal dibina memenuhi citarasa dan menawarkan harga yang berpatutan.

Peace No War..

Friday, September 16, 2011

Google menyambut kelahiran ke-118: Albert Szent-Györgyi

Imej :webpage http://www.google.com/ / 16 September 2011

Hari ini 16 September 2011 merupakan tarikh penting kepada sebuah Negara Merdeka yang diberi nama Malaysia, pun begitu tarikh ini juga merupakan tarikh lahir kepada seseorang yang amat penting dalam penemuan Vitamin C sehingga dia digelar bapa Vitamin C. Beliau yang dimaksudkan adalah seorang pemenang Noble Prize dan Scientiest dari Hungari iaitu  Albert Szent-Györgyi. Tarikh lahir beliau adalah pada 16 September 1893 dan telah menghembuskan nafas terakhir pada 22 Oktober 1986 pada usia 93 tahun. Walau bagaimanapun saya tidak akan bercerita panjang mengenai  Albert Szent-Györgyi kerana anda bolehlah mencari maklumat beliau pada enjin pencarian (Search Engine) google mahupun laman sasawang enjin pencarian lain.


http://en.wikipedia.org/wiki/Albert_Szent-Gy%C3%B6rgyi


Sebagai tanda penghormatan, Google telah menyambut ulang tahun ke-118  Albert Szent-Györgyi dengan mencipta doodle bercorak buah Oren dan Strawberi yang kaya dengan vitamin C. Hanya pada hari ini sahaja bila kita membuka laman sasawang Google.com, kita akan dapat melihat imej hadapan google seperti imej diatas. Maka terjawab sudah pertanyaan mengapa ada buah oren dan strawberi pada google.com hari ini.


Peace No War

Thursday, September 15, 2011

Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2011


NEGARA KU

Negara ku
Tanah Tumpahnya Darahku
Rakyat Hidup
Bersatu dan Maju
Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan
Raja Kita
Selamat Bertahta
Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan
Raja kita
Selamat Bertahta


SAYA ANAK MALAYSIA
I lOVE MALAYSIA

Sunday, September 11, 2011

HANTU BONCENG


Imej: google Search Images.


Setelah bercerita mengenai Karipap-Karipap Cinta, saya ingin bercerita mengenai Hantu Bonceng yang kini hangat ditayangkan di pawagan berdekatan anda dan sehingga kini di Kota Kinabalu permintaan terhadap Hantu Bonceng masih tinggi. Di pawagan Grawball sahaja, setiap waktu tayangan Hantu Bonceng sentiasa "FULL HOUSE" . Orang ramai berpusu-pusu membeli tiket sehingga pengurusan terpaksa membuat tambahan tayangan dengan memberi ruang waktu kepada Hantu Bonceng.  Saya dapat menonton Hantu Bonceng inipun ketika tayangan larut malam pun begitu masih juga full house. Begitu kuatnya pengaruh Hantu Bonceng sehingga menimbulkan fenomena luar biasa di Grawball Centre Point.

Lawak.. memang lawak.. panggung bergema dengan ketawa penonton.. Hantu Bonceng ini memang lawak.. pengarah filem berjaya menonjol bagaimana sesorang lelaki frust menonggeng, menimbulkan kembali cerita nasi kangkang, dan berjaya untuk membuat penonton membayangkan Zizan berbogel di ruang tamu dan taman bunga. Dalam lawak yang dipertontonkan, terselit juga pengajaran yang perlu diambil perhatian oleh anak-anak muda mudi yang harus membataskan pergaulan dan tidak terlalu mengikut nafsu.

kepada yang belum lagi menonton HANTU BONCENG.. silalah menontonnya di pawagan berdekatan anda.

Peace..

Saturday, September 10, 2011

Safee Sali Menjalani Ujian Bersama Cardiff City

Imej: Harian Metro, Sabtu 10 September 2011: Halaman Arena

apabila membaca Harian Metro keluaran sabut 10 September 2011, saya teruja apabila membaca laporan oleh Wartawan Azlan Muhammad Zain berbunyi "Pelita Jaya FC telah memberikan lampu hijau kepada Safee Sali dan kini terpulang kepada penyerang itu untuk membuktikan keupayaan produk Malaysia beraksi dalam Liga Divisyen Dua Inggeris kepada pengurusan Cardiff City, Malky Mackay pada ujian percubaan kelab itu, isnin ini"..  teruja dengan headline, saya terus membaca laporan akhbar tersebut. Lega rasanya apabila mengetahui keputusan lampu hijau oleh Pelita Jaya kerana ia telah memberikan sedikit tekanan bukan sahaja kepada Safee Sali tetapi kepada saya selaku peminat yang ingin melihat pemain Malaysia beraksi seiring dengan pemain handalan dalam liga Inggeris itu nanti. Walaupun saya tidak begitu pandai bermain bola, dan jarang sekali bermain bola apatah lagi mengikuti perkembangan bola Sepak Malaysia, namum saya amat berbangga dengan pencapaian Safee Sali dan Mohd Safiq Rahim yang dipelawa untuk menjalani ujian bersama Cardiff City dan tidak sabar rasanya menanti keputusan ujian tersebut. Kepada semua bloggers, doakan kejayaan kedua-dua pemain ini agar terus beroleh kejayaan seterusnya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia...



kARIPAP-KARIPAP CINTA ...


Imej: Carian Google

pada 6 September 2011 yang lalu, saya telah menonton Filem Karipap-Karipap Cinta arahan Othman Hafsham yang telah dilakonkan oleh Gambit dan Melia Aimelia dibantu oleh para pelakon yang lain. Bagi pendapat saya, jalan cerita filem ini bolehlah dikatakan bagus dan menarik, ia sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat apabila penulisan filem ini berunsurkan 1 Malaysia.  Ada masa-masa tertentu saya tersenyum sendirian melihat aksi komedi yang dipaparkan, tetapi saya tidak merasakan ada unsur cinta yang kuat bila menontonya. Hendak tahu bagaimana kekuatan filem ini, silalah menonton di pawagan berdekatan anda.

Peace.

Thursday, September 8, 2011

Siapa Mat Indera?

Dear Bloggers

Siapakah Mat Indera? 


Imej: Berita Harian Facebook



 Imej: http://lanailestari.blogspot.com/2009/05/lagenda-mat-indera.html

saya telah membaca kisah kehidupan daripada blog :  http://lanailestari.blogspot.com/2009/05/lagenda-mat-indera.html dan ini telah membuatkan saya untuk terus mendalami kisah sejarah Malaysia terutama kejadian di Bukit Kepong. Kepada semua yang mempunyai kisah mengenai sejarah Mat Indera dan Bukit Kepong, bolehlah memberikan saya alamat (link) kepada cerita tersebut. saya berminat untuk membacanya.

Monday, September 5, 2011

Laman Sosial... kebaikkan dan keburukan

Dear bloggers..

hari ini ketika sedang berkumat kamit membaca Harian Metro, tersentak dengan headline "BELASAH ISTERI LAYARI FACEBOOK". dengan penuh tanda tanya, saya terus habiskan bacaan. mengikut laporan akhbar tersebut, siasatan awal mendapati, isteri kepada suami berang tersebut mempunyai ramai kenalan lelaki dalam facebook. Walau bagaimanapun, saya tidak akan mengulas  mengenai kejadian tersebut. kepada anda yang ingin mengetahui cerita lanjut bolehlah mendapatkan Harian Metro yang dijual berhampiran dengan anda.




Harian Metro Edisi Sabah, Isnin 5 September 2011 - mukasurat 2

Sebenarnya laman sosial ini banyak manfaatnya cuma jika tidak digunakan sebaiknya boleh menjadi bencana kepada kita. Umum sedia maklum bahawa banyak kes telah dibawa ke perhatian mahkamah kerana komen yang diberikan telah menyentuh isu sensitif dan sebagainya. kemungkinan anda sendiri pernah mengalami perselisihan faham dengan suami / sahabat / kekasih hati terhadap komen yang diajukan dalam laman sosial milik anda. Bagi pandapat saya, tidak menjadi kesalahan untuk mempunyai ramai kenalan baharu  di dalam laman sosial tersebut tetapi harus memberi perhatian dan penekanan terhadap etika diri dan kepada yang sudah mempunyai hubungan sebagai suami isteri, perlu memahami batasan yang wujud.

Peace...

Friday, September 2, 2011

Jelitawan Dunia Beraksi Lagi..

Dear Bloggers....



Carian Google : Logo Rasmi Miss Universe.


e1tribe ingin menyebarkan berita mengenai Miss Universe 2011 ... yang mana pertandingan ini akan diadakan pada 12 September 2011 di sebuah Bandar Mentropolitan San Poulo Brazil... tentunya seluruh dunia tidak sabar untuk menyaksikan jelitawan dunia beraksi pada malam pertandingan yang pastinya menjanjikan persembahan yang penuh gilang gemilang.

Malaysia tidak terlepas untuk menyertai pertandingan ini bilamana jelitawan bernama DEBORAH HENRY akan mewakili Malaysia pada temasya tahunan tersebut.


Carian Google : Deborah Henry : Kuala Lumpur : berusia 26 tahun

Rasanya seluruh rakyat Malaysia mengharapkan agar Jelitawan Deborah Henry bersinar di Brazil seterusnya mampu mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Tanggungjawab yang digarap oleh Jelitawan Malaysia ini merupakan satu tugasan yang amat besar, jesteru itu, kepada semua bloggers adalah dipohon untuk memberikan sokongan padu kepada Jelitawan Malaysia ini dengan mengundi di laman Sasawang rasmi Miss Universe http://www.missuniverse.com/ dengan membuat pilihan ke atas nama Deborah Henry. Sokong jangan tak sokong....


Aidil Fitri - Sambutan Sederhana

+++++++++++++++++++++++++++

SELAMAT HARI RAYA
AIDIL FITRI
Maaf Zahir dan Batin
kepada semua teman blogers
sahabat handai
rakan taulan
rakan sepejabat
dan
kepada semua pembaca budiman

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

peace

Monday, August 1, 2011

Sunday, July 31, 2011

Puasa dan Diet, 2 perkataan yang selalu diungkapkan...


Dapatkan kita berdiet ketika bulan puasa? Dahulu saya sendiri pernah mengatakan ketika puasa inilah masanya untuk saya memastikan berat badan menurun dan kembali ke berat badan yang ideal. Semangat berkobar-kobar untuk menjalani ibadah puasa tetapi lagi berkobar untuk menurutkan berat badan. Namum terus terang dikatakan, berat badan yang diidamkan tidak pernah jatuh malah ia terus naik dan menjadi berat sehingga ada ketika itu ia dah menjadi 99KG. wowww... yaaaa... saya setuju bila anda mengatakan wow.. memang berat dan keberatan badan ini membuatkan perut saya senak dan perut yang bersize 34cm telah naik mendadak sehingga 38cm... saya terfikir dimanakah azam ketika sebelum puasa untuk memastikan berat badan ideal boleh diperolehi? hancur dek melahap makanan dan juadah yang dihidangkan.. bazaar ramadhan disana sini yang begitu mempersona seolah-olah memanggil kita untuk terus membeli makanan tersebut. kepada mereka yang berjaya memastikan berat badan turun ketika berpuasa, tahniah diucapkan, anda memang berdisiplin.

Hari ini lepak bersama kawan, sudah ada yang mengajak untuk berbuka puasa di luar. Tempat berbuka bukan calang-calang tempat. Ia pasti akan membuatkan saya banyak makan. Barisan restoran dan hotel telah ditentukan untuk diserang dan di Kota Kinabalu ini sahaja sudah ada promosi oleh hotel bertaraf bintang untuk mengadakan buffet berbuka puasa. Berat badan saya kini telah mencecah 88kg kurang 10kg pada tahun lepas. Adakah berat badan ini akan naik dan memecah rekod berat badan 99kg pada tahun lepas? saya harus berdisiplin dan tidak gelojoh ketika berbuka puasa di luar. yesss.. sekali lagi berazam tetapi persoalannya .... MAMPUKAH? Sebenarnya apa yang perlu dilakukan adalah makan seadanya, senaman seadanya, makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan....




Saturday, July 30, 2011

Ramadhan

To all Bloggers










Nasihat ketika bulan Ramadhan :-

  • Memohon maaf kepada saudara mara dan sehabat handai.
  • Jangan lupa mandi wajib sebelum berpuasa. badan hendaklah bersih zahir dan batin. baru puasa berkat.
  • Niat puasa sebulan.
  • Harus berpuasa penuh. jangan ponteng atau sengaja ponteng puasa
  • Sembahyang Tarawih  -  Banyak keberkatan
  • Jangan lupa makan sahur. ia penting untuk mengekalkan stamina badan
  • Minum banyak air ketika bersahur agar badan tidak kekeringan
  • ketika berbuka puasa, didahulukan dengan manisan seperti buah kurma.
  • Makan ikut kemampuan diri dan jangan berlebih-lebih. Syaitan suke manusia membazir
  • Berhemat ketika berbelanja membeli juadah untuk berpuka.
  • Menjaga adab dan tatasusila diri ketika berpuasa
  • Menjaga kesihatan diri

SELAMAT BERPUASA. SEMOGA PUASA KITA MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA

Friday, July 29, 2011

kibarkan





Kibarkan


JALUR GEMILANG
sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan



54 tahun
MALAYSIA MERDEKA



kekalkan
KEMERDEKAAN MALAYSIA




 - peace -

Friday, July 15, 2011

Pelajar Praktikal / Pelajar Praktikum

Dear Bloggers...

Setiap tahun pertambahan bilangan pelajar yang berjaya masuk ke universiti tempatan dan luar negara akan bertambah. Pelajar sudah semakin pintar dan persaingan untuk merebut tempat di alam pekerjaan juga semakin sengit. kalau dahulu keluaran SRP sudah boleh menyandang jawatan tinggi kini pemegang Ijazah ada yang sudah bertahun-tahun menganggur. Sebenarnya cerita ini berkaitan dengan Jamuan Perpisahan Pelajar Praktikal di tempat saya bertugas dan saya juga satu masa dahulu pernah menjalani latihan praktikal di tempat saya bertugas kini.


Carian Imej Google

Menjalani latihan praktikal di sesebuah organisasi sebenarnya baik sekiranya tugasan yang diberikan mampu membuatkan seseorang pelajar mengasah kemahiran yang dimiliki dan dilayan sama seperti pekerja lain. Organisasi perlu memberikan kepercayaan kepada pelajar untuk terlibat sama dalam proses pelaksanaan kerja pejabat dan bukannya dijadikan sebagai budak suruhan. Saya pernah terbaca di akhbar tempatan mengenai rungutan pelajar yang menjalani latihan praktikal di sebuah organisasi apabila tugasan yang diberikan hanya sekadar membuat salinan (photostate) lampiran, membacuh kopi dan menyambut telefon. Sebenarnya satu kerugian kepada organisasi apabila tidak mempergunakan kemahiran dan pengetahuan pelajar praktikal ini dalam proses pelaksanaan tugasan yang dilakukan. kita harus faham bahawa terdapat jurang pemikiran seseorang individu mengikut tahap pendidikan yang mereka ada. jadi sebagai organisasi ataupun penyelia, pergunakan kemahiran dan pengetahuan yang mereka miliki. tidak salah untuk mencuba malah salah sekiranya tidak mencuba.


Carian Imej google


Pelajar praktikal juga haruslah mengambil peluang yang ada untuk mereka belajar mengenai alam pekerjaan sebenar. sebagai pelatih mereka tidak harus menunggu untuk diarahkan tetapi harus pandai mencari kerja. mereka juga harus memiliki LOGO mereka sendiri agar berjaya membezakan diri mereka dengan pelajar yang lain. membezakan logo diri bukan sahaja melalui cara berpakaian malah cara berkomunikasi yang baik, sistem kerja yang teratur, penulisan dan laporan yang kemas, matang dalam tindakan dan tahap disiplin tinggi. kesemua ciri-ciri ini juga boleh dipraktikan apabila sudah berada dalam alam pekerjaan yang sebenar.


Carian imej google

kepada semua pelajar yang  bakal menjalani latihan praktikal diucapkan selamat menjalani praktikal dan kepada semua pelajar yang telah menamatkan latihan praktikal diucapkan selamat maju jaya dan menempuh alam pekerjaan yang sebenar.

peace.


Tuesday, July 5, 2011

3 cara.....



3 Cara muda untuk hilangkan tekanan perasaan adalah dengan :

  • mendengar lagu-lagu kegemaran ataupun menonton TV.
  • berchating dengan kawan-kawan rapat samada melalui SMS, Video phone, YM, Twitter, FB, dan sebagainya. luahkan isi hati bisa melegakan perasaan
  • Tidur

3 cara salah untuk hilangkan tekanan perasaan adalah :

  • Shopping  
  • Simpan dalam hati
  • Bunuh diri




peace....

Saturday, July 2, 2011

Jangan Cemburu......

Dear Bloggers / Pembaca Budiman....

semalam duduk lepak dengan seorang kawan sambil menjamah hidangan makan malam di area Kampung Air.. hidangan makan malam yang sederhana iaitu Ikan Bakar dan Satay telah membuka selera ..  untuk cerita kali ni, bukan hidangan makan malam yang menjadi topik blogspot tetapi adalah cerita yang diperbincangkan ketika makan malam.

sebenarnya kawan saya ni merasa dirinya tertekan dek kekurangan hidupnya.. dia menceritakan semua kawan-kawan dia sudah berjaya, ada yang telah memulakan perniagaan sendiri, menjadi pegawai di agensi kerajaan dan swasta.. paling mengecewakan bagi dia, kalau diikutkan disiplin diri ketika dibangku sekolah, ada kawan yang lebih teruk tetapi kini telah berjaya mengubah kehidupan menjadi seorang yang amat berpengaruh. tetapi dirinya masih lagi terumbang-ambing tanpa haluan yang tetap dengan gaji yang tidak menjamin kedudukan di masa hadapan.





Pada pandangan saya pula, rasanya tidak perlu ada rasa cemburu terhadap kejayaan orang lain, masing-masing mempunyai kelebihan dan terpulang kepada diri sendiri untuk menggunakan kelebihan yang kita ada. jangan tepengaruh dengan cakap Orang, sedangkan cacing dalam tanah boleh hidup inikan pula kita,.. harus sedar,  jangan samakan diri kita dengan cacing sebab cacing sendiri mengali tanah untuk mendapatkan sumber makanan.. kena berusaha lebih dan tekun.. Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang itu kalau dia sendiri tidak ingin mengubahnya.

Berfikiran positif juga  hendaklah sentiasa merasa gembira dengan apa yang kita ada. tidak perlu rasa cemburu kerana mereka juga kemungkinan akan merasa cemburu dengan apa yang kita ada... kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada dan sentiasa yakin kepada diri sendiri . kunci kejayaan itu adalah diri sendiri...

Peace...

Tuesday, June 21, 2011

masih belum ada cerita...

Tak ada idea..

nak cerita apa...

ketandusan idea..

nak tulis apa..

Kegersangan fikiran

nak buat apa...

?

Tuesday, May 31, 2011

lagu baru yang menjadi kegemaran disebabkan liriknya yang penuh makna....

Lagu yang dinyayikan oleh Salma Mentor 5 ni bagus juga, lirik lagunya penuh pengertian dan pertama kali menghayati lirik lagu tulisan Taja Meet Uncle Hussien ni terlalu mengujakan. Jadi untuk berkongsi kepada semua pembaca, saya taipkan lirik lagu ni, kalau lagu, saya tidak boleh muat turun ke dalam Blogspot ni sebab Hak Cipta terpelihara. Nanti tidak tentu kena saman..


terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
hati merintih terkunci mulut membisu
perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

di sudut kecil hatiku sering berkata
apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
ku beranikan diri menentang arus yang deras
demi hari esok ku relakan

walau tiada tangan menghulur
kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan hanya engkau mengerti
perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
berakhir musin dingin kini mekar bunga indah
tinggallah memori terpahat di dalam dada
terjawab sudah segalanya

walau tiada tangan menghulur
kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan hanya engkau mengerti
perjalanan hidup seorang insan

aku hanya ingin merasa
kemanisan hidup di dunia yang ku dambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
perjalanan hidup seorang insan

walau tiada tangan menghulur
kan ku tetap berdiri teguh
ku bangkit semula
hanya titipkanlah doa
agar permataku terus bersinar...

Komposer : Teja Meet Uncle Hussien
Penyanyi: Salma Mentor 5

Monday, May 30, 2011

Thursday, May 26, 2011

anda percaya pada kewujudan hantu?

sejak akhir-akhir ni saya sering merasakan sesuatu yang amat ganjil. Pada mulanya perkara ni tidaklah menganggu emosi dan memberikan impak kepada kehidupan seharian, tetapi bila perkara ini sering terjadi dan hampir setiap hari seolah-olah saya dikejar, kekadang bayangan benda tu berdiri betul-betul berdiri di penjuru katil, suara berbisik di atas rumah sambil dikuti pergerakan orang berjalan. Kelmarin saya dikejutkan dengan bayangan kasar melalui betul-betul dibelakang saya, ntah apakah ia tetapi bila ditoleh memang tiada orang melintasi saya. SubhanaALLAH, meremang seluruh badan dibuatnya. Dua hari yang lalu, bila saya sedang melayari internet, atap rumah berdentum kuat diikuti dengan bunyi cakaran, disangka burung yang mendarat diatap, tetapi  burung jenis apa yang berterbangan di tengah malam?

Adakah ia hanya permainan perasaan ataupun ia memang ada aktiviti paranormal yang sedang berlaku. kalau betul, kenapa mesti saya yang dikejarnya. perkara ini sering bermain difikiran.. WHY ME?. Setiap malam saya akan kuatkan semangat agar dapat tidur dengan lena. katil akan diletakkan surah Yassin sebagai pendinding. pada pagi tadi saya terdengar ada suara perempuan sedang berbisik-bisik dan ketawa-ketawa..  suara tu telah memeranjatkan saya...  arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. rupa-rupanya saya hanya bermimpi dan suara perempuan tu adalah suara TV .. saya terlupa nak matikan TV semalam.. hehehehehe.. jangan marah yeaaaaa... tiada modal nak buat n3 kat blog ni lately...

peace...


Sunday, May 15, 2011

Terima Kasih Cikgu...



N3 kali ini adalah ditujukan kepada semua guru-guru tidak kira di mana anda mengajar. Pengorbanan anda sebagai seorang guru besar maknanya buat semua pelajar dan yang pernah begelar pelajar. Ingin juga dipanjangkan ucapan Terima Kasih ini kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya  ketika saya menuntut di Sekolah Tedika Likas (1983 - 1984), Sekolah Rendah Kebangsaan Kebagu Menggatal (1985),  Sekolah Kebangsaan Likas Kota Kinabalu (1986 - 1990) dan  SMK Menggatal (1991 - 1997) yang kini dikenali sebagai SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Tidak juga dilupakan kepada Ustaz dan Ustazah yang pernah  mengajar saya ketika menuntut di Sekolah Ugama Islam Likas Kota Kinabalu (1986 - 1990)


mengenang zaman persekolahan dulu, saya akui bukanlah seorang pelajar yang pintar dan rajin. saya juga seperti budak-budak biasa yang nakal tetapi ada juga ponteng sekolah terutama ketika hadir sekolah Ugama. Ini bukanlah pengaruh kawan tetapi bersama-sama melakukan kesilapan kerana ketika itu kita sebenarnya terlalu mengikuti hati dan perasaan tanpa memikirkan kesannya kepada diri sendiri. Syukur ketika itu tidak pernah dicekup oleh guru disiplin :)

ketika sekolah menengah pula, saya telah ditawarkan untuk ke SMK Menggatal Kota Kinabalu yang kini dikenali sebagai SMK Bandaraya Kota Kinabalu. dahulu sekolah ini adalah yang terbaik di negeri Sabah , dan rasa bangga juga apabila ditawarkan untuk masuk ke sekolah ni. selama 7 tahun menuntut bermula dari Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 6 atas dan sepanjang tempoh persekolahan, saya tinggal di asrama disebabkan rumah terlalu jauh dari tempat kediaman. biasalah bila duduk asrama pelbagai ragam yang kita lihat. ragam manis dan ragam pahit. antara bab yang paling dibenci ketika tinggal di asrama adalah masalah air yang meruncing. Bekalan air memang rendah dan sering kali tiada air. masalah ni berlarutan selama saya tinggal di asrama tersebut. bayangkan ketiadaan air, tandas jadi macam mana? mandi?

kalau hendak bercerita bab sekolah ni, rasaya tidak akan mencukupi  untuk dimuatkan dalam Blogspot. Walau apapun, jutaan terima kasih kepada cikgu yang pernah mendidik saya, pengorbanan, penat lelah dan didikan tersebut saya akan ingat sampai bila-bila. tanpa cikgu, siapalah saya .....

SELAMAT HARI CIKGU.

Sunday, May 8, 2011

saya sayang my mother..