Thursday, April 7, 2011

Liga Super .. Sabah Boleh

dear bloggers / Pembaca Budiman

Minat untuk menyokong pasukan sabah masih menebal meskipun kita menyaksikan pasukan Sabah bermula dengan hambar dalam Liga Super bilamana hanya mampu menang sekali daripada 8 perlawanan yang telah diharungi. Diharap baki perlawanan yang ada, semua pemain akan tampil dengan  kehebatan dan  kesungguhan sehingga mampu memberi kemenangan kepada pasukan Sabah secara langsung akan dapat mengembalikan integriti dan maruah pasukan.

good luck kepada pasukan sabah yang akan menentang Perak pada Sabtu ini (9 April 2011) dan Perlis pada selesa (12 Aprl 2011) depan. memandangkan pasukan Sabah akan bermain di Stadium Likas, dijemput semua yang berada di Kota Kinabalu untuk hadir dan memberi sokongan padu kepada pasukan Sabah.


Sabah Boleh, Pemain Boleh, Gary Philip Boleh, Johnny Dominicus Boleh, SAFA Boleh...

peace.

Tuesday, April 5, 2011

Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2011 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu






Mari meriahkan Pesta Kamaatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu.


(images diambil dari laman sasawang DBKK)


Borang Penyertaan boleh diperolehi daripada Pejabat DBKK atau melalui lawan sasawang www.dbkk.sabah.gov.my. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Puan Dorin Datuk Thomas melalui talian 088-214509, Puan Elizabeth Borubui dan Encik Felix Malangkig di talian 088-521800 pada waktu pejabat . Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15hb April 2011 .

Peace.

Monday, April 4, 2011

Keadaan Cuaca Sekitar Kota Kinabalu dan Kawasan Berhampiran

dear pembaca budiman


hari ini saya telah menerima emel amaran mengenai keadaan cuaca sekitar Kota Kinabalu mengenai amaran angin kencang dan laut bergelora. amaran sebegini sentiasa membuatkan hati berdebar-debar, risau dan mengakibatkan fobia. Dengan keadaan cuaca dunia yang sukar diramal, tsunami di Jepun dan Gempa bumi sana sini, sudah pasti menambahkan lagi keadaan panik. untuk itu, bagi mengesahkan amaran yang telah diterima tadi, saya mula melayari laman sasawang Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) http://www.met.gov.my/ . apa yang diperolehi, amaran yang dikeluarkan ada benar. jesteru itu, bagi berkongsi maklumat ini, saya copy dan paste kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh jabatan tersebut.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KENYATAAN AKHBAR
(04 April 2011) - kemaskini

NASIHAT LEKUKAN TROPIKA Dikemaskini pada 1.30 petang 04/04/2011

Lekukan tropika (01W) dikesan berada di latitud 8.0 Utara dan longitude 113.0 timur, 393 km Barat Laut WP. Labuan, pada pukul 08:00 pagi, 4 April 2011. Lekukan tropika ini dijangka bergerak ke arah Tenggara dengan kelajuan 17 kmsj.  Lekukan tropika ini berada kira-kira 408 km ke Barat Laut Kota Kinabalu, Sabah dan 418 km ke Utara-Barat Laut Miri, Sarawak.

Lekukan tropika tersebut dijangka mempengaruhi keadaan cuaca dan laut dibeberapa tempat di Sabah dan Sarawak. Sehubungan itu, Nasihat Hujan  lebat/Ribut Petir (Peringkat Kuning) serta Amaran Angin Kencang dan Laut  bergelora dikeluarkan dengan butiran seperti berikut:-


NASIHAT HUJAN LEBAT / RIBUT PETIR (PERINGKAT KUNING)

I) Dikeluarkan pada: 9.05 pagi 04/04/2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dan keadaan berangin dijangka berlaku di negeri Sabah; Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu dan Beaufort),  Pantai Barat (Daerah Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas) dan WP Labuan mulai malam Isnin, 4 April 2011 dan dijangka berterusan sehingga Rabu, 6 April 2011.  Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

II) Dikeluarkan pada: 3.00 petang 04/04/2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dan keadaan berangin dijangka berlaku di negeri Sarawak; Bahagian Limbang (Daerah Limbang dan Lawas) dan Miri (Daerah Miri dan Marudi) mulai malam Isnin, 4 April 2011 dan dijangka berterusan sehingga Rabu, 6 April 2011. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)

Lekukan tropika (01W) dikesan berada di latitud 8.0 Utara dan longitude 113.0 Timur, 393 km Barat Laut WP. Labuan, pada pukul 08:00 pagi, 4 April 2011. Lekukan tropika ini dijangka bergerak ke arah Selatan-Tenggara dengan kelajuan 17 kmsj.

Sehubungan itu, angin kencang Utara/Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian dari 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-layang dijangka berterusan sehingga Khamis, 7 April 2011.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.


AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di perairan Sarawak(Miri), W.P. Labuan, Sabah(Pantai Barat Sabah dan Kudat) dan Palawan dijangka berterusan sehingga Khamis, 7 April 2011.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
4.30 petang

----------------------------------------------------------------------------------------------------


untuk itu, kepada semua pembaca budiman, diharap agar dapat memastikan keselamatan diri dan keluarga. sentiasa berwaspada kepada amaran yang telah dikeluarkan dan mengambil langkah berjaga-jaga.


peace.

Pemain Bola Sepak Negeri Sabah

Dear Pemain Bola Sepak Negeri Sabah

kepada semua pemain bola sepak negeri Sabah teruskan perjuangan mengharungi saki baki perlawanan liga super.. tunjukan aksi hebat, pertahanan maruah bola sepak negeri Sabah yang dahulunya disanjung tinggi..  bermainlah sepenuh hati dan bersungguh-sungguh. Sabah Boleh...

peace.