Wednesday, February 15, 2012

Handphone Kesayangan....

Dear Blogger

Kali ini saya ingin berkongsi cerita mengenai handphone kesayangan ku jenama Nokia 1112. Ini adalah handphone kedua yang saya gunakan selepas menggunakan Nokia 3310. Sebenarnya saya amat berbangga menggunakan handphone ni walaupun ramai kawan-kawan yang mencadangkan agar saya menukar ke smart phone. berlambak model handphone baharu di pasaran tetapi Nokia 1112 ini tidak akan ku ganti sampai bila-bila. selagi ia masih berfungsi selagi itulah khidmat hanphone ni akan terus digunakan. Saya akui bahawa saya ada juga menggunakan handphone lain, tapi bukan dari jenis smart phone. masih lagi keluaran Nokia dengan jenama Nokia 2730 Classis.





Mengapa anda harus memiliki Nokia 1112, jawapannya adalah:

  • Ringan, Mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
  • sekiranya terjatuh atau terhempas, jantung anda tidak akan terhenti, dibandingkan dengan Smart phone, sekiranya terjatuh atau terhempas, jantung ada akan bergoncang kencang, darah tersekat seketika.
  • Tidak akan diserang virus
  • Anda akan mudah menghantar sms sambil memandu, kerana keypad mesra alam. tutup mata anda tahu di mana letaknya kedudukan setiap abjad. tapi jangan menghantar sms ketika memandu, amat tidak digalakkan.
  • senang digunakan.
  • sekiranya boring,  game yang sedia ada seperti Snake Xenzia, Pocket Carrom, Dice Games. anda pasti akan menyukai..
  • dan yang pasti, handphone ni tahan lama..
hahhaa.... sekadar hiburan bah...


Peace..



Monday, February 13, 2012

VALENTINE DAY ......

Dear Bloggers.

14 Februari setiap tahun adalah hari yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang berkasih. Hari yang istimewa disambung agak meriah dan kemeriahanya sama seperti menyambut hari kebesaran. Sambutan valentine dihangatkan lagi apabila banyak gedung membeli belah memaparkan mesej-mesej cinta, menawarkan pelbagai bentuk hadiah untuk pilihan setiap pasagan. Bagi penjual bunga, valentine umpama durian runtuh apabila bunga rose merah menjadi rebutan sang kekasih. Pihak hotel juga menawarkan pakej 'Candle Light Dinner' bagi pasangan yang inginkan suasana romantik di malam kekasih.

Bagi lelaki pula, pasti akan pecah kepala, memerah otak memikirkan idea bagaimana untuk menyambut valentine agar ia menjadi hari yang sentiasa diingati. Elemen kejutan sudah pasti rancang rapi. penghantaran bunga ke pejabat, candle light dinner serta menonton wayang bersama adalah antara kejutan yang telah dianggap lapuk tetapi memberi seribu erti bagi melahirkan rasa sayang. Bagi anda yang mempunyai idea 'gila-gila' hendaklah berwaspada terhadap kejutan yang bakal dihidangkan kepada kekasih. Sedang orang lain menyambut valentine di restoran mewah, anda pula menyambut valentine di hospital akibat sakit jantung  hasil daripada kejutan yang diberikan.

kepada sang kekasih pula, perlu berwaspada dan beringat selalu. Jangan kerana nafsu, badan binasa. meskipun secara logiknya valentine merupakan tanda kasih sayang yang diluahkan, namun kasih sayang itu bukanlah berakhir di atas katil sekiranya anda belum berkahwin. Perlu tahu batas dan menghadkan pergaulan. Elakkan diri dari berdating ditempat yang gelap kerana ia akan mengundang fitnah.

Bagi yang beragama Muslim, rasionalkah anda untuk menyambut hari kekasih ni? tepuk dada tanya selera