Sunday, December 30, 2012

Hard Rock Kota Kinabalu....

dear bloggers...

Berita gembiran bagi anda yang meminati Hard Rock Cafe kini telah dibuka di Bandaraya kota kinabalu. Ketika ini, hanya Hard Rock shop sahaja yang beroperasi dan Hard Rock Cafe akan mula beroperasi pada tahun 2013. kepada yang telah datang ke Kota Kinabalu, jangan lupa singgah sebentar di Hard Rock Shop yang terletak di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu berhampiran dengan Oceanus untuk mendapatkan barangan Hard Rock yang terdiri daripada baju, glass, mug, hard rock zippo dan macam-macam lagi. 

Hard Rock Kota Kinabalu 

peace..

Tuesday, December 25, 2012

Gunung Kinabalu, Ranau Sabah

dear bloggers..


Umum memang sedia maklum bahawa Sabah terkenal dengan ketinggian Gunung Kinabalu. Gunung yang tertinggi di Malaysia telah menjadi sebahagian daripada tarikan utama pengunjung bukan sahaja dari dalam Malaysia tetapi dunia. Keindahan landskap semulajadi dengan suhu sejuk kawasan persekitarannya menjadikan Gunung Kinabalu destinasi WAJIB DILAWATI. Bagi mereka yang gemar aktiviti lasak, bolehlah mencabar diri mendaki Gunung Kinabalu, yang inginkan suasana santai dengan menyaksikan keindahan persekitaran yang hijau kebiruan, timpohon gate adalah tempat yang sesuai. seperti biasa, datanglah ke Gunung Kinabalu, National Park. anda pasti terpersona...







Saturday, December 15, 2012

WISHBONE (asian creative kitchen) di Jalan Gaya

dear bloggers

Hari ini saya telah lepak sambil menjamu selera di WISHBONE jalan gaya, kota kinabalu. Pertama kali menjejaki kaki di restoran ni saya terasa teruja yang teramat sangat. keterujaan itu disebabkan dekorasi dalaman WISHBONE ini adalah berbeza dengan restoran lain. Dengan tema Asian Creative Kitchen, empunya restoran berjaya menonjolkan kelainan.

Kelainan itu bukan saja dapat dilihat pada bentuk buku menu, malah pada susunan kad lukisan bergantungan menceritakan suasana Kota Kinabalu ketika ini. hiasan dinding dengan lukisan mural yang cantik, malah lampu siling juga dihiasi dengan bahan terpakai.

dengan harga makanan yang berpatutan dan mampu bayar, pastinya anda akan jatuh cinta dengan WISHBONE. Makanan yang lazat, berkualiti dan sihat serta kepelbagaian menu makanan yang disajikan, berbaloi singgah sebentar menjamu selera di WISHBONE. cubalah.....









Monday, December 10, 2012

Lembah Danum, Sabah.

dear bloggers...

Saya telah mengikuti ekspedisi Lembah Danum anjuran Kelab Rekreasi dan Sukan (REKA) DBKK yang telah diadakan pada 30 November hingga 02 Disember.  Perjalanan ke Lembah Danum dari Kota Kinabalu mengambil masa 13 jam (termasuk masa rehat di Bandar Lahad Datu). Seramai 38 ahli REKA telah menyertai ekspedisi ni yang mana ia merupakan pengalaman kali pertama pada kebanyakkan ahli. Saya yang memang telah lama memendam keinginan hendak ke Lembah Danum tidak melepaskan peluang untuk turut serta. Untuk makluman bloggers, Lembah Danum ni terletak di tengah-tengah hutan belantara dalam daerah Lahad Datu dan ia telah dijadikan  hutan simpan yang dijaga dengan ketat oleh Kerajaan Sabah. 

Hendak ke Lahad Datu, anda boleh memilih samada hendak menggunakan MAS Wings ataupun perjalanan darat. seperti yang saya nyatakan tadi, perjalanan kami yang mengambil 13 jam amat menguji kekuatan mental, penatnya hanya Tuhan saja yang tahu. Pun begitu, demi lembah danum saya gagahi juga.

Rombongan kami telah memilih untuk bermalam di Lembah Danum Field Centre dengan kemudahan yang cukup selesa. Asrama kami lengkap dengan kemudahan asas iaitu tandas, katil double decker, dan dapur juga elektrik. Ketika kami berada di asrama ini, pihak pengurusan memaklumkan terdapat gangguan internet maka wifi gagal berfungsi. memandangkan lembah Danum terletak dalam hutan tebal, talian telefon bimbit tidak berfungsi (no lines).


banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di Lembah Danum ni antaranya jungle treaking, nite jungle treaking, nite safari, dan bermacam-macam lagi. Sepanjang kami berada di Lembah Danum, kami telah mengikuti aktiviti jungle treaking dan nite safari. memandangkan hujan, aktiviti ke canopy terpaksa dibatalkan. Pengalaman terserempak dengan Gajah Liar, musang, memerang, ayam hutan, kuching hutan, babi hutan, burung enggang, monyet jabon, monyet liar merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan ia tidak sama dengan pengalaman melihat haiwan liar dalam zoo. saya juga telah diserang oleh pacat. Kalau anda ingin merasa pengalaman berada di Lembah Danum, datang lah ye.. Sabah pasti memberi anda sejuta pengalaman yang tiada tandingnya... 














Peace...

Saturday, November 24, 2012

Kasih Sayang Resort, Bukit Kokol. kota Kinabalu

dear bloggers......

semacam menjadi satu fenomena apabila saya sering kali terdengar kawan-kawan bercerita mengenai Kasih Sayang Resort yang terletak di Bukit Kokol, Kota Kinabalu. Bukit Kokol ini boleh dikatakan tulang belakang kepada Kota Kinabalu juga terletak di atas Banjaran Crocker. sebuah banjaran tertinggi di Malaysia juga bersambung dengan Gunung Kinabalu.


Sebenarnya yang ingin dikatakan disini bukanlah mengenai Bukit Kokol mahupun Banjaran Crocker tetapi mengenai Kasih Sayang Resort yang menjadi bualan hangat para rakan sekerja. Atas dasar ingin tahu yang tinggi, maka saya pun tidak mahu ketinggalan untuk menjejaki tempat ini. perjalanan dari pusat bandar hanya mengambil 40minit dengan pemaduan 60km/hr. Bagi mereka yang tidak biasa memandu pada lereng bukit diminta agar berhati-hati kerana anda akan mengharungi laluan berbukit yang amat curam. Walau bagaimanapun, sepanjang perjalanan ke Kasih Sayang Resort itu, anda pasti akan terpesona dengan keindahan hutan banjaran crocker juga terpegun melihat bandaraya Kota Kinabalu yang masih mengekalkan flora dan faunanya.

Sebenarnya Kasih Sayang Resort tidak banyak bezanya dengan resort yang lain, tetapi bagi mereka yang mencintai pemandangan alam semulajadi, anda pasti terpukau dengan keindahan bukit kokol ini. sama seperti saya, setibanya saya di kawasan ini, perkara pertama yang saya gapai adalah tablet samsung dan terus menekan butang camera lalu mengambil gambar. dalam hati mengatakan 'cantiknyaaaaa'.  anda yang teringin nak ke Kasih Sayang Resort ini, bah, jangan kasi lama. anda amat dialu-alukan.




kota kinabalu bah itu...

Dear Bloggers.....

Tahukah anda bahawa Kota Kinabalu, Sabah merupakan satu tempat yang wajib anda lawati? Ramai diantara kita yang tidak sedar bahawa KK sebenarnya sebuah tempat yang sungguh sempurna dari segi ciptaan alam semulajadinya... ya, memang betul, anda pastinya tidak akan dapat menikmati pemandangan bandaraya kota kinabalu yang berlatar belakang gunung kinabalu, dikelilingi oleh Laut China Selatan dan Laut sulu dengan keindahan pantai dan pulau yang sangat cantik.. dan yang paling menariknya, setiap petang anda boleh melihat panorama matahari terbenam dengan pancaran sinar senja yang amat memukau..  datang ke Kota Kinabalu, anda pasti teruja.. 





peace..


Tuesday, October 30, 2012

Labuan - Jelajah seluruh Labuan.

hai bloggers

Terlalu lama saya tidak updated blogs ni. kali terakhir, cerita mengenai perjalanan ke Labuan tetapi terhenti di tengah jalan. Untuk cerita kali ini, saya sambungkan semula cerita pasal labuan.  Sebenarnya, saya tidak tahu sangat pasal Labuan ni. Anda bolehlah melayari laman sasawang Perbadanan Labuan sekiranya anda ingin mengetahui lanjut mengenai labuan...

Tapi kali ni, saya ingin berkongsi tiga keping gambar tempat di Labuan yang telah saya lawati. Tempat ni sebenarnya telah menarik hati saya kerana ia mempunyai nilai-nilai sejarah yang tinggi yang harus dijaga oleh pihak berkuasa dan merupakan salah satu tempat wajib sekiranya anda berkunjung ke Labuan.

CHEMNEY adalah kawasan peninggalan dan merupakan tapak sejarah bila mana ia merupakan bangunan yang penuh teka teki. sehingga kini, pihak berkuasa masih gagal mengetahui tujuan sebenar pembinaan Chimney tersebut. Ada yang mengatakan ia sebagai lighthouse bagi kapal yang melintasi perairan labuan, ada juga yang mengatakan ia sebagai timbunan pengudaraan (serombong asap), tetapi kajian telah mendapati tiada asap pernah mengalir melalui ruang tengah Chemney tersebut, akibatnya bangunan ni menjadi teka teki sehingga kini. Untuk makluman anda, ketinggian Chemney ini adalah 106 kaki, dibina dengan menggunakan 23,000 bata merah yang diimport dari England.


TUGU PENYERAHAN aka Tugu Pendamaian terletak di kawasan Kampung Layang-Layangan ini dibina indah dengan kawasan landskaping yang menghijau. Pembinaan tugu dengan bukit yang membesar dibangkitkan dengan dua tembok yang melengkung, diilhamkan oleh pihak berkuasa jepun yang menakluki labuan ketika itu. Untuk makluman anda, Labuan pernah dijajah oleh pihak Jepun selama 4 tahun sebelum Labuan diserahkan kepada Allied forces. Taman ini adalah merupakan simbol pendamaian dan keharmonian.

WORLD WAR II MEMORIAL terletak di Jalan Tanjung Batu ini merupakan memorial terbesar di Malaysia dengan menempatkan seramai 3908 hero perang dari Australia, Britain, India, New Zealand dan Malaya. setiap tahun, akan diadakan Hari Memperingati Mangsa Perang yang jatuh pada 11 November.




tu serba sedikit mengenai Jelajah labuan yang telah saya lakukan. bagi anda yang nak datang ke labuan, ada disediakan pelbagai bajet hotel dengan harga yang amat murah. seperti yang ada ketahui, Pulau Labuan merupakan pulau bebas cukai, jadi harga barangan pun murah jika dibandingkan dengan tempat lain. kebanyakan mereka yang berkunjung ke Labuan, ada tiga item yang menjadi kegemaran untuk di bawa pulang iaitu Alcohol, Coklat dan Rokok, walau bagaimanapun ada limit yang dihadkan oleh pihak berkuasa bagi ketiga-tiga item tersebut. Datang lah ke Pulau Labuan.

peace.















Saturday, October 6, 2012

Pengembaraan Bermula..........

hi blogers..

sudah agak lama rasanya tidak update status dalam blogs ni.. kesibukan melanda menyebabkan tiada ruang dan peluang untuk menjenguk blogs kesayangan ku..... pun begitu, blogs ini pasti akan sentiasa menceritakan segala aktiviti yang dilakukan..

kali ni, saya ingin membawa semuanya mengembara ke sebuah pulau yang dipanggil sebagai pulau Labuan... sebenarnya mengembara ke Pulau Labuan ni merupakan kali kedua saya lakukan.. kali pertama pada tahun 2006 yang lalu.. sudah agak lama.

Pengembaraan Bermula. Jalan agak lenggang, dihiasi oleh pemandangan yang mempersonakan


Perjalanan dari kota kinabalu ke W.P Labuan boleh dilakukan dengan menggunakan laluan darat via Menumbuk, dengan menggunakan kapal terbang ataupun menggunakan ferry penumpang yang berlepas dari Jesselton Point. dengan melihat gambar diatas, sudah pasti saya menggunakan laluan darat. sepanjang perjalanan kita akan disajikan dengan pemandangan alam semulajadi yang mempersonakan. Kawasan perkampungan yang indah dengan warisan senibina yang menggagumkan..

akan bersambung..








































Saturday, August 18, 2012

HARI RAYA AIDIL FITRI...


saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua pengunjug blog tidak kira di mana anda berada. Mohon Maaf Zahir dan Batin seandainya tulisan di blog ini bisa menganggu ketidakselesaan anda.

juga tidak ketinggalan semua rakan dalam blog list ini yang menyambut hari raya diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. kepada yang tidak menyambut Hari Raya ini, bersama-samalah memeriahkan sambutan lebaran.

kepada yang pulang ke kampung halaman, memandu dengan berhati-hati. Ingat orang yang tersayang.

akhir sekali kepada semua rakan sekerja, diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. ur all the best in my life.

peace.

Monday, May 21, 2012

berjalan ke desa farm kundasang, sabah..

dear bloggers.....

kerja gila yang telah dilakukan oleh tiga jejaka yang digelar MAN iaitu herman, norman dan rosman.. perjalanan tanpa dirancang telah membawa kami ke desa farm kundasang ranau... perjalanan yang telah mengambil 1 jam 30 minit ni mencabar kepakaran norman selaku pemandu myvi, yang terpaksa menempuh kenderaan besar, hujan yang lebat dangan perjalanan serta jalan bukit yang curam.. pun begitu kami selamat pergi dan pulang dengan selamat...


pengembaraan bermula....











Sunday, May 13, 2012

jiwanya kosong....

dear bloggers.....


semua orang mempunyai kawan. tidak kira kawan lelaki atau kawan perempuan. kawan itulah yang sering kita ajak melepak, menonton wayang, makan bersama dan kekadang tempat kita untuk meluahkan perasaan suka dan duka. bila kawan itu sudah menjadi sebahagian dari hidup kita, maka kawan itu mulalah kita labelkan sebagai kawan sejati. 

kawan sejati lebih daripada segalanya, layanan yang akan diberikan lebih baik jika dibandingkan dengan kawan biasa, juga lebih baik daripada layanan yang diberikan kepada kekasih hati.  disebabkan itu, kita pernah mendengar ada orang mengatakan kekasih boleh dicari tetapi kawan sukar diganti. sampai macam itu kuasa persahabatan itu mempengaruhi diri kita.

pun begitu, berapa ramai kawan yang kita ada? kawan sejati yang kita ada? mesti jawapan kita ramai, tetapi dalam ramai-ramai itu, siapa yang benar-benar ikhlas untuk berkawan dengan kita? yang benar-benar menganggap kita kawan mereka? yang berkawan dengan kita tanpa mengharapkan sesuatu? 

saya juga tidak menafikan yang saya mempunyai ramai kawan, tetapi saya tidak dapat memastikan sejauh mana persahabatan itu benar-benar jujur, ikhlas dan tulus. terlalu sukar untuk menilai kejujuran itu. 

peace.....

Sunday, May 6, 2012

Pemandangan setiap pagi....


dear bloggers.... 










pemandangan setiap hari ketika hendak menuju ke tempat kerja, perhentian bas yang masih belum siap akan dilengkapi dengan kemudahan OKU. dahulu kawasan ini tidak ada disediakan perhentian, memandangkan bilangan orang yang menunggu bas semakin ramai, maka kerajaan telah membina perhentian bas ini. kami selaku pengguna boleh berteduh dari hujan dan panas ketika hendak menunggu bas. 

Friday, March 23, 2012

KK City Going Beyond The Hour




Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan EAC sekali lagi pada tahun ini akan melaksanakan Earth Hour sebagai tanda sokongan dan perjuangan untuk menangani masalah pemanasan global di mana kesannya kini boleh dirasa dan dapat dilihat dengan pelbagai aktiviti bumi atau bencana alam yang sedang dihadapi oleh beberapa negara di dunia. Pada tahun ini, Sutera Harbour akan menganjur bersama selain EAC KK melalui DBKK yang akan mengetuai tindakan pelaksanaan Earth Hour.


Latar Belakang

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama SATU JAM untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim.

Pada 28 Mac 2009, jam 8.30 malam, pertama kalinya Malaysia menyertai Kempen Earth Hour secara rasmi. Sasaran seramai lebih satu juta penduduk di 1000 buah bandar di seluruh dunia memadam lampu yang tidak digunakan selama satu jam bagi menunjukkan keprihatinan terhadap pemanasan global. Tahun ini, seluruh dunia akan menyambut dan mengadakan Earth Hour pada 31 Mac 2012 (Sabtu). Malaysia secara amnya akan melakukan Earth Hour begitu juga Bandaraya Kota Kinabalu. Kita mensasarkan lebih ramai akan melakukan Earth Hour di rumah dan premis masing-masing dan semakin ramai juga yang mengetahui dan memahami apa itu sebenarnya Earth Hour. Pelbagai aktiviti menarik telah dirangka untuk memeriahkan sambutan Earth Hour 2012 yang boleh disertai oleh warga bandaraya seterusnya memberi ruang warga bandaraya menyatakan sokongannya antaranya :-

  • Sidang Media Program Earth Hour 2012 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu
  • Penglibatan Warga Bandaraya Melalui Publisiti Kepada Awam dan Warga Bandaraya Untuk Melaksanakan Earth Hour Di Rumah dan di Tempat Kerja  
  • Pelaksanaan Earth Hour 2012 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu Pada 31 Mac 2012 (Sabtu) bertempat di Sutera Harbour Dan First Beach Tanjung Aru.
  • Aktiviti Berbasikal dari Sutera Harbour Ke First Beach Tanjung Aru pada 31 Mac 2012 (Sabtu) bersama para VIP dan awam sebagai simbolik yang memberi makna ”Save Energy For The Planet and Towards Green Energy”
  • Mini Konsert “Low Power” di First Beach Tanjung Aru    
Daftarlah sebagai tanda sokongan anda menyokong Earth Hour bagi tahun 2012 ini. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman sasawang DBKK http://www.dbkk.sabah.gov.my/ 


PS: INFO ini dipetik melalui laman sasawang DBKK.

Friday, March 9, 2012

Sunday, March 4, 2012

Run For Your Life

dear Bloggers


RUN FOR YOUR LIFE 
Hari ni, terfikir mahu berjogging kerana berat badan sudah mencecah paras bahaya. mengikut BMI yang diharuskan, saya perlu untuk menurunkan 8kg. Untuk menurunkan 8Kg bukannya senang. Banyak perkara yang perlu untuk dilaksanakan. Berjogging dan mengamalkan diet seimbang serta mengamalkan aktiviti sihat akan menjadi rutin harian selepas ni.



Imej: Carian goole.

Ramai diantara kita tidak tahu mengenai piramid makanan. saya sendiri kurang arif pasal benda ni, tetapi melalui bacaan internet, piramid makanan ni membawa maksud, makanan yang perlu kita ambil.
  • Ambil banyak makanan seperti roti, nasi atau pasta
  • Ambil banyak / sederhana buah-buahan dan sayur-sayuran
  • ambil secara sederhana / sikit susu, daging , ikan dan sumber protein
  • guna dengan cermat lemak, gula dan minyak.

dan kepada anda yang merasakan dirinya sihat, syukur alhamdullah, kepada yang berada dalam tahap obesiti seperti saya,  mulakan langkah pertama untuk memastikan diri sentiasa sihat, amalkan diet yang betul dan teruskan berusaha untuk mencapai berat badan ideal.


 
peace...

Saturday, March 3, 2012

Tutti Frutti ...

Dear Blogger



Hari ni seawal jam 11.00pagi keluar rumah dan menuju ke 1Borneo the best Hypermall in Borneo..  keluar awal ni disebabkan terlalu lapar dan mencari makan di CFC restaurant selesai makan tengahari tu, saya pekena pula Tutti Frutti... sejenis yogurt but perisa dia lebih sedap dan lebih sihat dari ice cream.. lebih sihat disebabkan kelebihan yogurt itu sendiri menjadikan Tutti Frutti ni istimewa.




Cara untuk menyediakan Tutti Frutti anda:
  • Pilih Size cup yang dikehendaki. ada size besar, sederhana dan size kecil mengikut warna cup tersebut.
  • Membuat pilihan perasa yogurt.. ada pelbagai perasa di sediakan pada mesin yogurt ni antaranya perasa pineaple, strawberry, acai, blurberry, grape, papaya, peach, pina colada, guava, green apple dan green tea, passion dan sorbet.
  • Untuk menambah kelazatan yogurt anda, bolehlah menambah topping yang disediakan terdiri dari buah strawberry, blueberry, blackberry, raspberry, manggo, almond, kiwi, banana, pineaple, chestnut, oreo, granola, coconut cube, yogurt chip, choco chip, fruity pubble dan carob chip.
  • Akhir sekali timbang...harga mengikut berat cup anda.

Kebaikkan yogurt:
Dengan mengamalkan pengambilan kerap yogurt, ia baik untuk:
  • Menguatkan imume sistem
  • Mencegah sembelit, cirit birit dan kembung perut
  • Mencegah kanser colon
  • Baik untuk menurunkan paras tekanan darah
  • Baik untuk menurunkan paras kolesterol
  • Mengurangkan keradangan
  • Meningkatkan penyerapan mineral
  • Mencegah bakteria merbahaya
  • Menggalakkan perumbuhan bakteria sihat dan enzim yang baik untuk badan
Memandangkan banyaknya kebaikkan yogurt ni, maka rajin-rajinlah mengambil yogurt demi kesihatan anda.


peace...

Friday, March 2, 2012

ZANARYAH AR (YayaNeff) Birthday Today...


Zana - Moga sentiasa sihat, dipanjangkan usia,
dimurahkan rezeki dan sentiasa happy selalu.
May GOD bless you...


Friday, February 24, 2012

FOLLOWER KE 100 ....


Dear Bloggers


Pada 23 Februari lepas, saya telah menerima hadiah sumbangan Puan Gojes http://www.puangojes.blogspot.com/ . Hadiah tersebut merupakan Kunci pejabat di tempat saya bekerja. lepas ni, nampaknya tiada alasan untuk tidak mempunyai kunci. anyway, Terima kasih banyak-banyak puan gojes yang duduk di meja sana sambil tersenyum-senyum sipu. ....





Anak Kunci Hadiah Puan Gojes...


 
Menunjukkan saya telah menjadi follower puan gojes
yang ke 100.


Blogspot Puan Gojes. Lawatilah
http://www.puangojes.blogspot.com/ 


Peace...




Tuesday, February 21, 2012

Madah Berhelah . ....

dear bloggers ...




Dalam perjalanan pulang menggunakan bas awam, saya sempat memasang telinga mendengar perbualan 2 orang wanita yang bercerita mengenai kekasih hati masing-masing. Dapat disimpulkan hasil daripada cerita mereka, kekasihnya sering bersama-sama dengan kawan baiknya tanpa meluangkan banyak masa kepada dirinya. Dari alunan suara, kedengaran wanita tersebut tidak merasa puas hati dengan layanan yang diberi oleh kekasihnya. mendengar perbualan mereka saya hanya tersenyum.

kisah cinta kedua-dua wanita ni telah mengingatkan saya kepada kejadian di sekolah satu masa dahulu, apabila seorang kawan dipulaukan kerana terlalu taksub kepada kekasihnya.  dia sanggup mengorbankan persahabatan itu demi menjaga hari dan perasaan kekasihnya. ada juga seorang kawan itu terputus percintaan kerana tersepit dalam situasi antara kekasih dan sahabat. Persahabatan dan Percintaan kedua-duanya terlalu rumit..... saya percaya isu ini juga sering menjadi perbualan banyak blog.

ANTARA KEKASIH DAN SAHABAT, MANA SATU PILIHAN YANG TERBAIK?
bagi anda yang hangat bercinta sudah pasti akan memilih kekasih dan bagi anda yang tidak mempunyai kekasih, sudah pasti akan memilih sahabat. Ada juga yang sudah mempunyai kekasih akan memilih sahabat, dan ada juga mereka yang belum mempunyai kekasih, akan memilih kekasih. apa jua pilihan anda, sudah pasti ia mempunyai alasan yang tersendiri dan terbaik buat anda.

Sekiranya anda memilih sang kekasih, jagalah persahabatan itu sebaiknya dan sekiranya anda memilih persahabatan,  peliharalah percintaan itu.


peace....

Sunday, February 19, 2012

Promosi Blog: Stangers In KK...

Dear Bloggers

saya ada seorang kawan. kawan sewaktu zaman persekolahan. Ketika itu kami bersekolah di SMK Menggatal. ohya, bukan menggatal seperti yang anda fikirkan tetapi ia ada sebuah sekolah yang hebat melahirkan ramai cerdik pintar. Memang ada yang tersenyum sipu bila mengetahui buat pertama kalinya ada sekolah yang diberi nama SMK MENGGATAL. kalau tidak silap saya, Menggatal diberi nama hasil sebuah pokok mangga dan buah mangga tersebut gatal. jadilah menggatal.

bukan menggatal yang ingin diceritakan disini. tetapi blog yang baharu saja saya follow. jadi kepada blogers yang mempunyai masa, bolehlah melawati blog kawan ku ini di http://www.strangerinkk.blogspot.com/ .  yang ingin menjadi model sembilan, boleh juga menghubungi kawan ku ini kerana dia bakal menjadi photographer tersohor di KK. 

peace...


Wednesday, February 15, 2012

Handphone Kesayangan....

Dear Blogger

Kali ini saya ingin berkongsi cerita mengenai handphone kesayangan ku jenama Nokia 1112. Ini adalah handphone kedua yang saya gunakan selepas menggunakan Nokia 3310. Sebenarnya saya amat berbangga menggunakan handphone ni walaupun ramai kawan-kawan yang mencadangkan agar saya menukar ke smart phone. berlambak model handphone baharu di pasaran tetapi Nokia 1112 ini tidak akan ku ganti sampai bila-bila. selagi ia masih berfungsi selagi itulah khidmat hanphone ni akan terus digunakan. Saya akui bahawa saya ada juga menggunakan handphone lain, tapi bukan dari jenis smart phone. masih lagi keluaran Nokia dengan jenama Nokia 2730 Classis.





Mengapa anda harus memiliki Nokia 1112, jawapannya adalah:

  • Ringan, Mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
  • sekiranya terjatuh atau terhempas, jantung anda tidak akan terhenti, dibandingkan dengan Smart phone, sekiranya terjatuh atau terhempas, jantung ada akan bergoncang kencang, darah tersekat seketika.
  • Tidak akan diserang virus
  • Anda akan mudah menghantar sms sambil memandu, kerana keypad mesra alam. tutup mata anda tahu di mana letaknya kedudukan setiap abjad. tapi jangan menghantar sms ketika memandu, amat tidak digalakkan.
  • senang digunakan.
  • sekiranya boring,  game yang sedia ada seperti Snake Xenzia, Pocket Carrom, Dice Games. anda pasti akan menyukai..
  • dan yang pasti, handphone ni tahan lama..
hahhaa.... sekadar hiburan bah...


Peace..



Monday, February 13, 2012

VALENTINE DAY ......

Dear Bloggers.

14 Februari setiap tahun adalah hari yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang berkasih. Hari yang istimewa disambung agak meriah dan kemeriahanya sama seperti menyambut hari kebesaran. Sambutan valentine dihangatkan lagi apabila banyak gedung membeli belah memaparkan mesej-mesej cinta, menawarkan pelbagai bentuk hadiah untuk pilihan setiap pasagan. Bagi penjual bunga, valentine umpama durian runtuh apabila bunga rose merah menjadi rebutan sang kekasih. Pihak hotel juga menawarkan pakej 'Candle Light Dinner' bagi pasangan yang inginkan suasana romantik di malam kekasih.

Bagi lelaki pula, pasti akan pecah kepala, memerah otak memikirkan idea bagaimana untuk menyambut valentine agar ia menjadi hari yang sentiasa diingati. Elemen kejutan sudah pasti rancang rapi. penghantaran bunga ke pejabat, candle light dinner serta menonton wayang bersama adalah antara kejutan yang telah dianggap lapuk tetapi memberi seribu erti bagi melahirkan rasa sayang. Bagi anda yang mempunyai idea 'gila-gila' hendaklah berwaspada terhadap kejutan yang bakal dihidangkan kepada kekasih. Sedang orang lain menyambut valentine di restoran mewah, anda pula menyambut valentine di hospital akibat sakit jantung  hasil daripada kejutan yang diberikan.

kepada sang kekasih pula, perlu berwaspada dan beringat selalu. Jangan kerana nafsu, badan binasa. meskipun secara logiknya valentine merupakan tanda kasih sayang yang diluahkan, namun kasih sayang itu bukanlah berakhir di atas katil sekiranya anda belum berkahwin. Perlu tahu batas dan menghadkan pergaulan. Elakkan diri dari berdating ditempat yang gelap kerana ia akan mengundang fitnah.

Bagi yang beragama Muslim, rasionalkah anda untuk menyambut hari kekasih ni? tepuk dada tanya selera

Saturday, February 11, 2012

BONDING WITH GAYA STREET.... LAWATAN PAMERAN

Dear Bloggers..

hari ini setelah menonton HANTU DALAM BOTOL KICAP saya terus bergegas ke Lintasan Daesoka, tempat acara Bonding With Gaya Street dianjurkan. Walaupun hujan, ia tidak menghalang saya untuk menyaksikan sendiri gambar-gambar lama, kereta lama dan baru kini saya tahu, Jalan Bond ketika suatu masa dahulu merupakan kawasan yang sungguh sibuk di Jesellton, dan baru saya tahu yang Tung Nam Bookstore merupakan kedai yang telah beropersi sejak Jesellton lagi. Sebenarnya saya rasa sungguh bertuah kerana berpeluang untuk menatap sekeping demi sekeping gambar yang yang dipamerkan. Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya mengadakan program ini.








Kereta lama, popular ketika di zaman Jesellton.


Kereta antik yang turut dipamerkan.


Laut ni sudah ditimbus dan ketika ini ia menjadi tapak Suria Shopping Mall
Kelihatan bangunan Hotel Capitol


Rentetan Sejarah Kota Kinabalu
juga di pamerkan. Perkembangan dari tahun ke setahun



Bagi mewujudkan suasana di Jalan Bond,
replikas tugu peringkatan dibina.



Tugu Peringatan di Jalan Bond


Mereka yang ingin berkongsi gambar dan cerita bolehlah berkongsi di ruangan ini

Sejarah sebenar Jalan Bond turut dipamerkan di
Kedai Kopi Sen Chong Wah

Disinilah letaknya gambar-gambar lama dan ruang pameran diletakkan




Duit syiling tahun 1903. Sekiranya dilelong, mungkin dah mencecah
puluhan ribu ringgit.

Buat pertama kali saya menonton wayang pada tahun 1985 di Cathay.
Kini tapak Cathay sudah menjadi Hotel Horizon
 
Salah satu gambar yang dipamerkan
Kedai Buku Tung Nam. Masih wujud sehingga kini.



Dahulu inilah Bond Street ... Jalan Gaya masa kini.


Sebenarnya saya amat memuji kesungguhan pihak penganjur mengadakan program ni, Banyak gambar yang tidak pernah saya lihat sebelum ini ada dipamerkan disini. Ada beberapa gambar yang ingin saya kongsikan bersama, tetapi tidak berani dimuat turun ke dalam blogs ni. Semua gambar tersebut sungguh bernilai tinggi. Nilai sejarah Kota Kinabalu amnya dan Malaysia khasnya.

Peace..