Thursday, January 27, 2011

makan ikan

Jamuan makan tengahari pada hari ini adalah ikan bakar. Ikan bakar yang disajikan di Restoran Anjanah II bersebelahan dengan ASB terletak dalam area Asia City Kota Kinabalu memang segar. orang putih kata fresh... yelah kan kota kinabalu ni memang terkenal dengan sajian makanan seafood. seafood sana.. seafood sini, berlambak restoran seafood di Kota Kinabalu ni.. dari restoran besar hinggalah ke restoran kecil....  berbalik kepada Ikan Bakar yang dimakan tadi, sebenarnya ni kali ketiga dalam tempoh seminggu saya melahap di restoran ni, sanggup menyeberang jalan raya, berjalan kaki dan berpanas, semata-mata mahu pekena ikan bakar anjannah. kalau mahu makan"lunch Time" di sini kena datang awal, kerana restoran ni sentiasa penuh. ramai sangat peminat ikan bakar anjannah .. selalunya ikan jenis mata besar ni menjadi pilihan.. rasanya manis, lembut, kurang tulang dan kesegaran dijamin.



balun punya balun, tap tup tap tup.. tak sedar, dah tinggal tulang ikan..



tak berapa gemar dengan kepala ikan ...
but ada juga yang gemar ..




huhuhu... nyam nyam.. nyam..




dua ekor ikan .. memang tidak cukup..
tetapi disebabkan diet, kena sabar je lah...




tanpa cili padi.. tidak sah makan ikan bakar..
bahan-bahan adalah, lada, perahan limau, secubit garam
secubit aji, sedikit gula dan sedikit soya sos cair..


tu tangan A.M Jaraiman... dia lagi raja ikan bakar..
tengok sahaja meja tu berselerak dengan tulang..

selamat menjamu selera..


peace..

Sunday, January 23, 2011

Bola Bola Bola...

perlawanan persahabatan bola sepak antara Jabatan Pengurusan dan Pelaburan Harta menentang pasukan lawan dari Tawau telah menyaksikan kehebatan kedua-dua pasukan bertarung sengit. Aksi dan skill kepakaran menimbang dan mengawal bola setiap pemain telah diuji pabila terpaksa bermain dalam keadaan padang basah dan berlumpur seolah-olah mereka bermain untuk merebut wang pertaruhan sejuta ringgit.

Sebelum perlawanan e1-tribe merasakan seolah-olah perlawanan persahabatan ini akan menjadi hambar, tidak seronok ditonton dan tidak mengujakan. Ini disebabkan pasukan JPPH mempunyai masalah dalaman pabila ramai pemain tidak hadir, kasut yang terkoyak, tapak kasuk tertanggal malah baju jersy yang tidak mencukupi, tetapi ia tidak membataskan pasukan JPPH tampil bergaya pada setiap detik perlawanan kerana banyak cubaan ke tiang gol hampir-hampir menewaskan penjaga gol pasukan lawan.  Pujian harus diberikan kepada pasukan JPPH kerana telah bermain bersungguh-sungguh, sepenuh jiwa dan menampilkan semangat kesukanan tinggi. Perlawanan kali ni tidak dicemari dengan isu laser ...





Padang SUKMA (D) Kota Kinabalu menjadi saksi utama
perlawanan sengit berlangsung di sini.





Pemain JPPH bersedia bertempur.




Pemain Import Ali Amat Gahpar tampil dengan aksi hebat
menjadi kubu kuat pertahanan pasukan JPPH





pemain pilihan yang diharapkan mampu merobek gawang pasukan lawan
A.R. Herman dan Muhammad Maimon


aksi menarik yang ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan





bermain sepenuh masa. keletihan terpancar
di wajah A.R. Herman.



bersukan demi kesihatan

peace...