Saturday, February 11, 2012

BONDING WITH GAYA STREET.... LAWATAN PAMERAN

Dear Bloggers..

hari ini setelah menonton HANTU DALAM BOTOL KICAP saya terus bergegas ke Lintasan Daesoka, tempat acara Bonding With Gaya Street dianjurkan. Walaupun hujan, ia tidak menghalang saya untuk menyaksikan sendiri gambar-gambar lama, kereta lama dan baru kini saya tahu, Jalan Bond ketika suatu masa dahulu merupakan kawasan yang sungguh sibuk di Jesellton, dan baru saya tahu yang Tung Nam Bookstore merupakan kedai yang telah beropersi sejak Jesellton lagi. Sebenarnya saya rasa sungguh bertuah kerana berpeluang untuk menatap sekeping demi sekeping gambar yang yang dipamerkan. Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya mengadakan program ini.








Kereta lama, popular ketika di zaman Jesellton.


Kereta antik yang turut dipamerkan.


Laut ni sudah ditimbus dan ketika ini ia menjadi tapak Suria Shopping Mall
Kelihatan bangunan Hotel Capitol


Rentetan Sejarah Kota Kinabalu
juga di pamerkan. Perkembangan dari tahun ke setahun



Bagi mewujudkan suasana di Jalan Bond,
replikas tugu peringkatan dibina.



Tugu Peringatan di Jalan Bond


Mereka yang ingin berkongsi gambar dan cerita bolehlah berkongsi di ruangan ini

Sejarah sebenar Jalan Bond turut dipamerkan di
Kedai Kopi Sen Chong Wah

Disinilah letaknya gambar-gambar lama dan ruang pameran diletakkan




Duit syiling tahun 1903. Sekiranya dilelong, mungkin dah mencecah
puluhan ribu ringgit.

Buat pertama kali saya menonton wayang pada tahun 1985 di Cathay.
Kini tapak Cathay sudah menjadi Hotel Horizon
 
Salah satu gambar yang dipamerkan
Kedai Buku Tung Nam. Masih wujud sehingga kini.



Dahulu inilah Bond Street ... Jalan Gaya masa kini.


Sebenarnya saya amat memuji kesungguhan pihak penganjur mengadakan program ni, Banyak gambar yang tidak pernah saya lihat sebelum ini ada dipamerkan disini. Ada beberapa gambar yang ingin saya kongsikan bersama, tetapi tidak berani dimuat turun ke dalam blogs ni. Semua gambar tersebut sungguh bernilai tinggi. Nilai sejarah Kota Kinabalu amnya dan Malaysia khasnya.

Peace..

Thursday, February 9, 2012

BONDING WITH GAYA STREET

Dear Bloggers



Tahukah anda bahawa, satu masa dahulu Jalan Gaya, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jalan Bond sekitar tahun 1930an dengan hanya 17 buah kedai yang dibina? semamangnya kita yang kurang arif mengenai sejarah Kota Kinabalu pastinya tidak pernah mendengar mengenai Jalan Bond ini. Walau bagaimanapun, tidak perlu risau, kerana kita berpeluang untuk menyingkap kembali sejarah lama pada program yang bertajuk "BONDING WITH GAYA STREET' yang akan diadakan khusus untuk mengembalikan warisan sejarah di Jalan Bond.






Pelbagai cara menarik yang diadakan seperti berikut:

HARI PERTAMA : 10 FEBRUARI 2012 (JUMAAT)

08.00malam - 11.00malam
Wayang Free @ Wayang Pacak akan diadakan di Padang Merdeka Kota Kinabalu. Penganjur menasihati Bring your own tikar... silalah datang beramai-ramai, bawa ahli keluarga dan rakan taulan.


HARI KEDUA : 11 FEBRUARI 2012 (SABTU)

09.00pagi - 12.00tengahari
Pelancaran program yang akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Abidin Madingkir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu di Lintasan Daesoka, Kota Kinabalu. yang tidak mengetahui Lintasan Daesoka, ia terletak di antara Bangunan DBKK dan Jalan Gaya . Orang Ramai juga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara ini.

03.00petang - 06.00petang
satu acara bertajuk 'REVOLUSI TIKAR' akan diadakan oleh Borneo Youth Revolution di Padang Merdeka.

03.00petang - 06.00petang
acara diteruskan dengan 'LOVE STORY TELLING' juga diadakan di Padang Merdeka

05.00petang - 06.00petang
acara yang sama akan berlangsung iaitu MASYARKAT MUZIKA (Veteran dan Youth Session Jam)

06.00petang - 10.30malam
anda pastinya tidak mengetahui bahawa tahun-tahun 60an dan 70an, Negeri Sabah mempunyai artis tempatan yang cukup terkenal dan pernah mengharumkan nama Sabah di peringkat kebangsaan. Lagu-lagu yang dimainkan menjadi siulan muda mudi ketika itu, rentak muzik dan irama bergema disetiap corong radio. Lagenda yang dek pudar ditelan zaman akan kembali menghangatkan suasana  pada malam konsert 'TOGETHER AGAIN'. Ingin tahu siapakah artis tersebut, saksikan sendiri kehebatan mereka di Padang Merdeka.


11 - 12 FEBRUARI 2012
Sepanjang program ini dijalankan, Community Heritage Exhibition diadakan di sepanjang Jalan Gaya, terdapat juga persembahan Acoustic Jalanan dan Pameran kereta-kerata lama juga pameran gambar sekitar tahun 60an dan 70an yang memaparkan zaman Jalan Bond. Pihak penganjur juga ada menyediakan Dropbox bagi anda yang mempunyai gambar-gambar menarik / cerita dan ingin dikongsi bersama untuk tatapan masyarakat, bolehlah singah sekejap di Kedai Kopi Sen Chong Wah berhampiran dengan Tung Nam BookStore.




 
DATANG JANGAN TAK DATANG
.. anda pasti dapat merasakan suasana di Jalan Bond.

Tuesday, February 7, 2012

KEBAIKKAN BERHENTI MEROKOK

Dear Bloggers

Hari ini saya telah membuat pemeriksaan rutin kesihatan di Klinik Luyang. Ketika menunggu untuk berjumpa Doktor, saya memandang sekeliling dinding klinik tersebut yang banyak menampalkan poster-poster yang memberi peringatan kepada kita untuk sentiasa menjaga kesihatan. Sementara dipanggil, saya mengambil kesempatan untuk membaca maklumat pada poster tersebut. Kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan perlu diutamakan oleh semua bukan sahaja diri sendiri malah kepada orang-orang yang terdekat dengan kita.

Saya melihat keadaan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan, terasa sayu dihati dan terasa betapa seksanya mereka menahan sakit tersebut. jesteru itu, ingin saya simpulkan dari maklumat yang dibaca, kunci kepada mencapai tahap kesihatan yang baik adalah BERSENAM, DIET SEIMBANG, dan BERHENTI MEROKOK.




Banyak poster yang dilekatkan menyarankan si perokok agar berhenti merokok. Kepada si perokok tentulah naik berang kepada poster ni kerana nikmat merokok mengatasi segalanya. Sebenarnya kebaikkan berhenti merokok ni banyak antaranya adalah :

  • Risiko Kanser, Penyakit Jantung dan penyakit-penyakit lain akan menurun
  • Stamina anda akan bertambah baik
  • Nafas anda tidak berbau rokok
  • Batuk anda akan hilang
  • Anda dapat bernafas dengan baik
  • Anda merasa lebih segar
  • Anda dapat merasa dan menghidu dengan baik
  • Jantung dan paru-paru anda menjadi lebih sihat

Walau apapun, pilihan ditangan masing-masing. Cuma berhenti merokok memberi banyak kebaikkan dan terus merokok membawa banyak keburukan bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada yang tidak merokok.

Peace...