Saturday, April 30, 2011

1 Mei 2011: Observed as a holiday in honor of working people




1 Mei 2011 merupakan Hari Pekerja untuk seluruh rakyat Malaysia dan tarikh ini telah diumumkan sebagai cuti rehat kepada semua kakitangan samada dalam sektor kerajaan mahupun swasta. bagi yang terpaksa bekerja pada tarikh ini, para majikan dimestikan untuk membayar kerja lebih masa dan ia merupakan mandatori yang harus dipatuhi. bercakap mengenai hari pekerja ni, ingin saya menarik perhatian pembaca semua agar cintailah bidang pekerjaan anda sepenuh jiwa. apa sahaja jenis pekerjaan yang anda lakukan dan halal dari segi agama dan peraturan Perlembagaan Negara, maka pekerjaan anda merupakan sesuatu yang mulia. Bersempena dengan Hari Pekerja yang disambut setiap 1 Mei, maka n3 kali ni lebih menyentuh kepada 2 gelagat dalam organisasi

Bosan
Ramai yang merasa bosan terhadap senarai tugas yang diberikan oleh majikan ataupun bekerja dalam bidang yang sama setiap tahun. kebosanan ini umpama virus yang sukar dicegah. perasaan bosan akan menyebabkan kita menjadi malas, letih dan tidak bertenaga mengharungi 8 jam setiap hari waktu bekerja. sekiranya ini berlarutan, kualiti kerja kita akan menurun, prestasi terjejas dan reputasi kita selaku anggota yang cekap juga akan mula tercemar.  semua tugasan yang diberikan tidak dapat disiapkan mengikut tarikh yang dikehendaki dan majikan akan mula mempersoalkan kedudukan kita dalam organisasi. ketahanan metal dan kekuatan fizikal merupakan anti virus semula jadi yang boleh menghancurkan sindrom bosan.

Tikam Belakang.
tikam belakang merupakan isu yang banyak terjadi dalam organisasi ketika ini. perbuatan tikam belakang ni harus dilenyekkan kerana memberikan impak negatif yang amat besar. ia bukan sekadar menghancurkan individu yang ditikam malah menghancurkan organisasi tersebut. perbuatan tikam belakang ini merupakan perbuatan keji dan dapat disimpulkan perbuatan ini merupakan amalan syaitan yang dilaknat. dengki dan iri hati terhadap kejayaan seseorang adalah punca kepada perbuatan ini. sehubungan itu, kita selaku manusia yang waras, haruslah tidak melakukan perbuatan tikam belakang dan menghindarkan diri dari bersifat iri hati dan sikap dengki terhadap orang lain. berusaha mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan tenteram amatlah digalakkan.

lain -lain Gelagat Organisasi
semakin besar organisasi tersebut semakin besar gelagat yang timbul dan semakin sukar untuk dikawal. kita sering melihat rakan kita bergayut di telefon, melayari internet ketika kerja, mengumpat sana sini, masuk lewat pulang awal, keluar pejabat sesuka hati dan banyak lagi kerenah yang ditimbulkan. perbuatan ini seolah-olah sudah senonim dan menjadi sebahagian rutin kerja harian kita. untuk itu, selaku orang yang bekerja dan mempunyai majikan, tanamkan semangat untuk menabur bakti kepada organisasi yang membayar gaji kita. tiada istilah untuk kita honeymoon setiap hari waktu bekerja.

Untuk itu,  kita harus tanamkan semangat untuk jadi yang terbaik dan jadikan diri kita aset bernilai kepada organisasi.


peace.

Monday, April 25, 2011

PERINGATAN : cukai pendapatan



Atas dasar tanggungjawab saya telah mengisi e-filing untuk cukai pendapatan tahun 2010. mengisi e-filing ni sangat mudah tetapi banyak perkara yang kurang faham dan ada maklumat yang diminta, saya tidak faham. apapun diharap maklumat yang saya berikan adalah tepat dan memenuhi kehendak LHDN. Untuk makluman, ini adalah kali pertama saya mengisi e-filing untuk cukai pendapatan. Oleh itu,  kepada anda yang telah dikenakan cukai, pastikan anda telah mengisi e-filing untuk mengelakkan diri anda mendapat masalah di masa depan. kalau tidak silap, kepada yang engkar daripada membayar cukai, anda mungkin tidak akan dibenarkan untuk keluar negara.  Peringatan, sesiapa yang memberikan maklumat palsu akan dikenakan penalti.

Makluman Penting -  Tarikh akhir pengemukaan borang dan bayaran baki cukai kena dibayar bagi punca pendapatan bukan perniagaan adalah pada 30 April 2011. silalah melayari https://e.hasil.gov.my/ untuk tujuan ini.

peace.

Sunday, April 24, 2011

Ahad yang ceria...

dear blogger dan pembaca budiman

Hari ahad merupakan hari yang sangat ceria dengan sinaran penuh matahari menerjah masuk ke ruang bilik melalui ruang langsir yang tidak ditutup rapat. kehangatan sinaran matahari ini membuatkan saya terus terjaga. mungkin ketika ini masih ada lagi yang lena tidur berdengkur... saya pula susah untuk terus menyambung tidur mungkin kerana keadaan bilik tidur yang tidak selesa, panas dan sudah biasa bangun awal pagi. orang tua-tua ada mengatakan, bangun lewat rezeki tiada. ... orang-orang tua memang penuh dengan pendapat dan falsafah mereka tersendiri dan kalau difikirkan, ada benarnya.  bagi mengisi ruang ahad ni, perancangan hari ini adalah:

  • Cuci Baju masuk mesin basuh
  • Mandi
  • Duduk ruang tamu sambil tengok TV
  • Jam 12 keluar untuk makan tengahari di Bandaraya Kota kinabalu . mungkin di Sala Thai dalam area City Harbour
  • Tengok wayang - Room Mate menjadi pilihan
  • Shoping keperluan peribadi. hari ni kempen No Plastic Beg so kena bawa beg sendiri . kalau malas terpaksa bayar 20sen untuk setiap beg
  • Tengok pameran hartanah di KK World Trade centre
  • Makan Malam di area Indah Permai
  • Pulang rumah dan mandi malam
  • Tengok Mentor 5. sudah pasti Salma protege Erra Fazira menjadi pilihian
  • Gosok baju untuk di pakai kerja
  • Tidur

kalau tengok jadual ni , sangat padat tetapi ia bagus kerana kita berjalan kaki dari satu destinasi ke destinasi yang lain boleh menyumbang kepada kesihatan . badan bersenam. otak sihat dan jantung juga sihat...

peace.