Saturday, February 12, 2011

Ketika Hari Kekasih a.k.a Valentine Day.

Daily Express versi Bahasa Malaysia - 11 Februari 2011


Daily Express versi Bahasa English - 11 Februari 2011

Bila membaca surat khabar Daily Express pada pagi tadi, terlihat satu amaran yang telah dikeluarkan oleh JHEAINS. Amaran dikeluarkan khusus ditujukan kepada pasangan yang belum berkahwin agar tidak melakukan perbuatan tidak bermoral ketika sambutan Hari Kekasih @ Valentine Days bagi mengelakkan diri dari dicekup Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah .  Pemeriksaan mengejut akan dilakukan di kawasan "Panas" yang sering menjadi tempat tumpuan pasangan yang hangat bercinta.

Kemungkinan tempat Panas yang dimaksudkan adalah:

Check-in Hotel. ingat bahawa hari kekasih bukanlah untuk anda menjadikan hari untuk menyerahkan kesucian diri dan virginity anda. ingat, harga diri lebih penting dari segalanya. Sekiranya dicekup, anda juga yang akan mendapat susah, wajah terpapang di dada akhbar, turun naik mahkamah, bagaimana pula dengan ibu bapa anda, keluarga anda yang turut mendapat tempias hasil perbuatan sumbang anda.

Club Disco- kepada pasangan kaki clubbing, tempat ini juga merupakan tempat panas. Pasangan muslim pula boleh dicekup sekiranya anda didapati mengambil alkohol. Pasangan non-muslim pula diingatkan agar tidak membawa kereta ketika mabuk. Bahaya kepada diri sendiri, pasangan anda, pengguna jalan raya yang lain dan yang pastiya keluarga terdekat anda.

Taman / Pantai : berdating biarlah di kawasan yang ramai orang. Jangan memilih untuk berdating di kawasan tepi, pelusuk dan kawasan gelap, ia hanya akan mengundang anda untuk melakukan maksiat dan anda boleh dikatakan sebagai berkhalwat. anda tentu ada melihat video yang telah dimasukkan kedalam Youtube, rakaman pasangan yang ditangkap berdua-duan. Jangan sampai perkara ni terjadi ke atas anda.

Kepada pasangan kekasih, sila ambil perhatian agar tidak menyesal di kemudian hari, lagipun sekiranya anda adalah seorang Muslim, hari Kekasih ni dlihat dari segi sejarahnya, memang tidak sesuai untuk kita sambut.

renung-renungkan dan selamat beramal

Peace.

3 comments:

  1. Kena kerja kuat agar sebarang maksiat dapat ditegah...

    ReplyDelete
  2. kdg2....couple ni cm dah xheran pun.....
    asal dpt melepaskan nafsu..fuuhhh...

    kena tangkap blakang cte...ayoooo...
    sengal je diorang ni...ish2..

    ReplyDelete