hari ini saya telah menerima emel amaran mengenai keadaan cuaca sekitar Kota Kinabalu mengenai amaran angin kencang dan laut bergelora. amaran sebegini sentiasa membuatkan hati berdebar-debar, risau dan mengakibatkan fobia. Dengan keadaan cuaca dunia yang sukar diramal, tsunami di Jepun dan Gempa bumi sana sini, sudah pasti menambahkan lagi keadaan panik. untuk itu, bagi mengesahkan amaran yang telah diterima tadi, saya mula melayari laman sasawang Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) http://www.met.gov.my/ . apa yang diperolehi, amaran yang dikeluarkan ada benar. jesteru itu, bagi berkongsi maklumat ini, saya copy dan paste kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh jabatan tersebut.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KENYATAAN AKHBAR
(04 April 2011) - kemaskini
NASIHAT LEKUKAN TROPIKA Dikemaskini pada 1.30 petang 04/04/2011
Lekukan tropika (01W) dikesan berada di latitud 8.0 Utara dan longitude 113.0 timur, 393 km Barat Laut WP. Labuan , pada pukul 08:00 pagi, 4 April 2011. Lekukan tropika ini dijangka bergerak ke arah Tenggara dengan kelajuan 17 kmsj. Lekukan tropika ini berada kira-kira 408 km ke Barat Laut Kota Kinabalu, Sabah dan 418 km ke Utara-Barat Laut Miri, Sarawak.
Lekukan tropika tersebut dijangka mempengaruhi keadaan cuaca dan laut dibeberapa tempat di Sabah danSarawak . Sehubungan itu, Nasihat Hujan lebat/Ribut Petir (Peringkat Kuning) serta Amaran Angin Kencang dan Laut bergelora dikeluarkan dengan butiran seperti berikut:-
Lekukan tropika tersebut dijangka mempengaruhi keadaan cuaca dan laut dibeberapa tempat di Sabah dan
NASIHAT HUJAN LEBAT / RIBUT PETIR (PERINGKAT KUNING)
I) Dikeluarkan pada: 9.05 pagi 04/04/2011
Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dan keadaan berangin dijangka berlaku di negeri Sabah; Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Daerah Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas) dan WP Labuan mulai malam Isnin, 4 April 2011 dan dijangka berterusan sehingga Rabu, 6 April 2011. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

II) Dikeluarkan pada: 3.00 petang 04/04/2011
Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dan keadaan berangin dijangka berlaku di negeri Sarawak; Bahagian Limbang (Daerah Limbang dan Lawas) dan Miri (Daerah Miri dan Marudi) mulai malam Isnin, 4 April 2011 dan dijangka berterusan sehingga Rabu, 6 April 2011. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)
Lekukan tropika (01W) dikesan berada di latitud 8.0 Utara dan longitude 113.0 Timur, 393 km Barat Laut WP. Labuan , pada pukul 08:00 pagi, 4 April 2011. Lekukan tropika ini dijangka bergerak ke arah Selatan-Tenggara dengan kelajuan 17 kmsj.
Sehubungan itu, angin kencang Utara/Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian dari 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-layang dijangka berterusan sehingga Khamis, 7 April 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di perairan Sarawak(Miri), W.P. Labuan, Sabah(Pantai Barat Sabah dan Kudat) dan Palawan dijangka berterusan sehingga Khamis, 7 April 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Jabatan MeteorologiMalaysia
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Jabatan Meteorologi
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
4.30 petang
----------------------------------------------------------------------------------------------------
untuk itu, kepada semua pembaca budiman, diharap agar dapat memastikan keselamatan diri dan keluarga. sentiasa berwaspada kepada amaran yang telah dikeluarkan dan mengambil langkah berjaga-jaga.
peace.
No comments:
Post a Comment