Saturday, April 2, 2011

DUIT DUIT DUIT.. DUIT DUIT DUIT..

Dear bloggers/pembaca budiman


DUIT... DUIT.. DUIT...
tabungan untuk masa depan anda.


Ada yang berpendapat bahawa duit merupakan satu kuasa terhebat di dunia. ada duit semuanya boleh jalan, boleh jadi dan semuanya boleh.. bila tiada duit pula orang akan kata boleh blah. percayakah anda, ada orang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan duit. tetapi selaku manusia yang waras, mendapatkan duit dengan cara yang halal adalah dituntut. mendapatkan duit daripada sumber yang tidak halal, merupakan satu langkah yang tidak bijak dan ia dilarang oleh agama.  untuk itu, kita perlulah menguruskan sumber kewangan kita dengan sebaik mungkin. hidari diri daripada menjadi hamba duit sehingga mengadaikan maruah diri dan terjerumus ke dalam institusi kewangan yang tidak diiktiraf seperti along dan ceti haram.

cara terbaik untuk mengurus duit anda adalah:

  • 30% daripada hasil pendapatan seperti gaji bulanan diasingkan dan dimasukkan kedalam akauan yang berlainan. 
  • masukkan RM1.00 sehari kedalam tabung. kalau genap 30 hari maksudnya duit simpanan anda dah mencecah RM30.00 ringgit. bayangkan anda lakukan untuk 100 hari, setahun, dua tahun, tiga tahun? duit anda berlipat kali ganda
  • jangan sesekali anda melabur kedalam skim cepat kaya tanpa anda membuat penyelidikan terlebih dahulu. yang pasti tiada cara tercepat untuk menjadi kaya. melaburlah pada institusi kewangan yang boleh dipercayai seperti BSN
  • pada anda yang pakar dalam dunia IT, peluang terbuka luas untuk anda mendapatkan pendapatan sampingan. Nuffnang adalah salah satu peluang yang tidak harus dilepaskan.
walau bagaimanapun, setiap langkah yang bakal diambil untuk memastikan anda sentiasa berduit, memerlukan iktizam dan semangat yang tinggi, disiplin dan fokus agar segala langkah akan mendatangkan hasil yang diinginkan. orang kata duit bukan seperti memetik daun di ranting. ia perlu usaha yang berpanjangan.

peace.




8 comments:

  1. thumbsup!
    Era globalisasi arus pemodenan dalam sesebuah bandaraya amnya memerlukan pemikiran yang kreatif dalam usaha untuk mencapai kegemilangan.Antara cara yang kreatif tetapi keji adalah dengan melibatkan diri dalam perniagaan peminjaman duit tanpa lesen a.k.a along.
    Apa yang pasti 'along' ini mengambil kesempatan dalam kesempitan terhadap mereka2 yang mempunyai masalah duit.Namun hakikatnya mereka juga berniaga untuk mendapatkan keuntungan ibarat Bill Gates mencongak duit dalam akaun.Namun berbeza cara untuk mendapatkan keuntungan..
    Moral of the story:
    Carilah duit untuk kesenangan di dunia dan juga di akhirat!Budaya Biar papa asal bergaya harusnya tidak timbul!Ukur baju di badan sendiri..cayo2

    ReplyDelete
  2. buncho.. dah ada blog yea.. welcome to dunia blog. yeahhhh...

    ReplyDelete
  3. jangan lupa amik insurans nyawa dan medikal kad. boleh bantu kurangkan belanja perubatan sebab perbelanjaan diserap melalui medikal kad. dan, mungkin invest dalam unit trust????

    ReplyDelete
  4. e1 tribe:
    sila rujuk entri saya di blog. pertanyaan mengenai kad perubatan saya jelaskan di situ. any questions, boleh tuju dalam comment box ya.

    terbaru BIARKAN KAD PERUBATAN BAYAR BIL ANDA

    ReplyDelete
  5. piah: erk cem best jak
    e1-tribe: jom masuk!

    ReplyDelete
  6. buncho501: alhamdulillah, memang best plan yang kita offer. sebab saya dah ada pengalaman claim insurens etc. selalunya saya akan tanya dulu apa yang peserta mahukan dalam plan yang nak dibeli.

    ReplyDelete
  7. dulu saya start dengan basic benefit dulu, rm100 sebulan. kemudian bila ada bajet lebih, saya upgrade medikal kad saya. sekarang tiap-tiap bulan saya bayar rm150.

    sebaik-baiknya awak dengar full plan dulu kemudian decide apa benefit yang betul-betul awak perlukan sekarang mengikut bajet yang awak boleh commit bayar.

    jadi, jika nak start dengan basic dulu pun boleh. bila-bila financial ok, awak boleh upgrade.

    adik beradik saya dan client banyak yang amik minimum benefit dulu janji ada medikal kad. kemudian baru upgrade. lagi bagus jika prudential sendiri yang offer untuk upgrade (sebab harga upgrade jauh lebih murah)

    ReplyDelete