N3 kali ini adalah ditujukan kepada semua guru-guru tidak kira di mana anda mengajar. Pengorbanan anda sebagai seorang guru besar maknanya buat semua pelajar dan yang pernah begelar pelajar. Ingin juga dipanjangkan ucapan Terima Kasih ini kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya ketika saya menuntut di Sekolah Tedika Likas (1983 - 1984), Sekolah Rendah Kebangsaan Kebagu Menggatal (1985), Sekolah Kebangsaan Likas Kota Kinabalu (1986 - 1990) dan SMK Menggatal (1991 - 1997) yang kini dikenali sebagai SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Tidak juga dilupakan kepada Ustaz dan Ustazah yang pernah mengajar saya ketika menuntut di Sekolah Ugama Islam Likas Kota Kinabalu (1986 - 1990)
mengenang zaman persekolahan dulu, saya akui bukanlah seorang pelajar yang pintar dan rajin. saya juga seperti budak-budak biasa yang nakal tetapi ada juga ponteng sekolah terutama ketika hadir sekolah Ugama. Ini bukanlah pengaruh kawan tetapi bersama-sama melakukan kesilapan kerana ketika itu kita sebenarnya terlalu mengikuti hati dan perasaan tanpa memikirkan kesannya kepada diri sendiri. Syukur ketika itu tidak pernah dicekup oleh guru disiplin :)
ketika sekolah menengah pula, saya telah ditawarkan untuk ke SMK Menggatal Kota Kinabalu yang kini dikenali sebagai SMK Bandaraya Kota Kinabalu. dahulu sekolah ini adalah yang terbaik di negeri Sabah , dan rasa bangga juga apabila ditawarkan untuk masuk ke sekolah ni. selama 7 tahun menuntut bermula dari Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 6 atas dan sepanjang tempoh persekolahan, saya tinggal di asrama disebabkan rumah terlalu jauh dari tempat kediaman. biasalah bila duduk asrama pelbagai ragam yang kita lihat. ragam manis dan ragam pahit. antara bab yang paling dibenci ketika tinggal di asrama adalah masalah air yang meruncing. Bekalan air memang rendah dan sering kali tiada air. masalah ni berlarutan selama saya tinggal di asrama tersebut. bayangkan ketiadaan air, tandas jadi macam mana? mandi?
kalau hendak bercerita bab sekolah ni, rasaya tidak akan mencukupi untuk dimuatkan dalam Blogspot. Walau apapun, jutaan terima kasih kepada cikgu yang pernah mendidik saya, pengorbanan, penat lelah dan didikan tersebut saya akan ingat sampai bila-bila. tanpa cikgu, siapalah saya .....
SELAMAT HARI CIKGU.
selamat hari guru bos. bos juga guru for me. proses pembelajaran tak pernah berhentikan, walaupun u are not in title 'cikgu'..hepi teachers day (^_^)
ReplyDelete