Friday, July 15, 2011

Pelajar Praktikal / Pelajar Praktikum

Dear Bloggers...

Setiap tahun pertambahan bilangan pelajar yang berjaya masuk ke universiti tempatan dan luar negara akan bertambah. Pelajar sudah semakin pintar dan persaingan untuk merebut tempat di alam pekerjaan juga semakin sengit. kalau dahulu keluaran SRP sudah boleh menyandang jawatan tinggi kini pemegang Ijazah ada yang sudah bertahun-tahun menganggur. Sebenarnya cerita ini berkaitan dengan Jamuan Perpisahan Pelajar Praktikal di tempat saya bertugas dan saya juga satu masa dahulu pernah menjalani latihan praktikal di tempat saya bertugas kini.


Carian Imej Google

Menjalani latihan praktikal di sesebuah organisasi sebenarnya baik sekiranya tugasan yang diberikan mampu membuatkan seseorang pelajar mengasah kemahiran yang dimiliki dan dilayan sama seperti pekerja lain. Organisasi perlu memberikan kepercayaan kepada pelajar untuk terlibat sama dalam proses pelaksanaan kerja pejabat dan bukannya dijadikan sebagai budak suruhan. Saya pernah terbaca di akhbar tempatan mengenai rungutan pelajar yang menjalani latihan praktikal di sebuah organisasi apabila tugasan yang diberikan hanya sekadar membuat salinan (photostate) lampiran, membacuh kopi dan menyambut telefon. Sebenarnya satu kerugian kepada organisasi apabila tidak mempergunakan kemahiran dan pengetahuan pelajar praktikal ini dalam proses pelaksanaan tugasan yang dilakukan. kita harus faham bahawa terdapat jurang pemikiran seseorang individu mengikut tahap pendidikan yang mereka ada. jadi sebagai organisasi ataupun penyelia, pergunakan kemahiran dan pengetahuan yang mereka miliki. tidak salah untuk mencuba malah salah sekiranya tidak mencuba.


Carian Imej google


Pelajar praktikal juga haruslah mengambil peluang yang ada untuk mereka belajar mengenai alam pekerjaan sebenar. sebagai pelatih mereka tidak harus menunggu untuk diarahkan tetapi harus pandai mencari kerja. mereka juga harus memiliki LOGO mereka sendiri agar berjaya membezakan diri mereka dengan pelajar yang lain. membezakan logo diri bukan sahaja melalui cara berpakaian malah cara berkomunikasi yang baik, sistem kerja yang teratur, penulisan dan laporan yang kemas, matang dalam tindakan dan tahap disiplin tinggi. kesemua ciri-ciri ini juga boleh dipraktikan apabila sudah berada dalam alam pekerjaan yang sebenar.


Carian imej google

kepada semua pelajar yang  bakal menjalani latihan praktikal diucapkan selamat menjalani praktikal dan kepada semua pelajar yang telah menamatkan latihan praktikal diucapkan selamat maju jaya dan menempuh alam pekerjaan yang sebenar.

peace.


No comments:

Post a Comment