Imej: google Search Images. |
Setelah bercerita mengenai Karipap-Karipap Cinta, saya ingin bercerita mengenai Hantu Bonceng yang kini hangat ditayangkan di pawagan berdekatan anda dan sehingga kini di Kota Kinabalu permintaan terhadap Hantu Bonceng masih tinggi. Di pawagan Grawball sahaja, setiap waktu tayangan Hantu Bonceng sentiasa "FULL HOUSE" . Orang ramai berpusu-pusu membeli tiket sehingga pengurusan terpaksa membuat tambahan tayangan dengan memberi ruang waktu kepada Hantu Bonceng. Saya dapat menonton Hantu Bonceng inipun ketika tayangan larut malam pun begitu masih juga full house. Begitu kuatnya pengaruh Hantu Bonceng sehingga menimbulkan fenomena luar biasa di Grawball Centre Point.
Lawak.. memang lawak.. panggung bergema dengan ketawa penonton.. Hantu Bonceng ini memang lawak.. pengarah filem berjaya menonjol bagaimana sesorang lelaki frust menonggeng, menimbulkan kembali cerita nasi kangkang, dan berjaya untuk membuat penonton membayangkan Zizan berbogel di ruang tamu dan taman bunga. Dalam lawak yang dipertontonkan, terselit juga pengajaran yang perlu diambil perhatian oleh anak-anak muda mudi yang harus membataskan pergaulan dan tidak terlalu mengikut nafsu.
kepada yang belum lagi menonton HANTU BONCENG.. silalah menontonnya di pawagan berdekatan anda.
Peace..
alamak,tibe2 cam teruja je nak tgk,.best sgt2 ke? *mood nak tgk membuak2 nie,haish*
ReplyDeleteAku tengok iklan citer ni kat tv pon dah rasa lawak lebih-lebih lagi gandingan manthop lakonan si Zizan.
ReplyDeletegambarnya lucu itu...hantunya membonceng
ReplyDelete