Dear Blogger..
Nampaknya lama saya tidak mengemaskini blog e1-tribe ni. Bukan disebabkan sibuk dengan kerja harian tetapi tiada topik yang hendak diketengahkan dan hendak dikongsi bersama. Maklumlah, semakin kita berusia semakin itulah otak kita tidak berdaya untuk berfikir dengan baik seperti waktu zaman remaja. kemungkinan kurangnya saya membaca dan kurangnya aktiviti pergaulan sesama sahabat membuatkan saya tidak mempunyai topik untuk diperkatakan selain kurangnya saya membuat lawatan- ke blog -blog lain (blogwalking)..
Tahun 2011 semakin hampir menutup tirainya. Ramai sahabat bertanya adakah azam tahun 2011 telah dilaksanakan? terus terang saya katakan disini, saya tidak menaruh harapan yang tinggi ketika membuat azam diawal tahun 2011. yang saya inginkan adalah untuk mencapai apa yang terbaik dalam kerjaya. Ya, saya tidak nafikan saya ingin kenaikkan pangkat dan ingin kenaikkan gaji tetapi nampaknya rezeki itu belum menyebelahi saya dan saya tetap bersyukur terhadap yang saya perolehi kini. Saya bersyukur kerana kerja saya tidak seteruk mereka yang lain, saya bersyukur kerana gaji yang saya perolehi kini dan saya bersyukur mempunyai rakan sekerja yang boleh diharapkan. Saya berdoa agar kita semua akan diberikan rezeki yang luas oleh Allah S.W.T. ( God Willing - InsyaAllah)
Untuk tahun 2012 ini pula, ada beberapa sasaran yang telah dikenalpasti cuma untuk catatan kali ini saya rahsiakan terlebih dahulu kerana tahun 2011 masih berbaki 3 minggu anda yang belum mencapai sasaran untuk tahun 2011, pergunakanlah baki 3 minggu ini untuk mencapai sasaran anda.
Jadi kepada anda yang ingin membuat azam tahun 2012, berfikir secara waras sebelum menentukan azam tahun 2012.
anda adalah penentu arah tuju kehidupan anda.
peace...
No comments:
Post a Comment