Friday, March 23, 2012

KK City Going Beyond The Hour




Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan EAC sekali lagi pada tahun ini akan melaksanakan Earth Hour sebagai tanda sokongan dan perjuangan untuk menangani masalah pemanasan global di mana kesannya kini boleh dirasa dan dapat dilihat dengan pelbagai aktiviti bumi atau bencana alam yang sedang dihadapi oleh beberapa negara di dunia. Pada tahun ini, Sutera Harbour akan menganjur bersama selain EAC KK melalui DBKK yang akan mengetuai tindakan pelaksanaan Earth Hour.


Latar Belakang

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama SATU JAM untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim.

Pada 28 Mac 2009, jam 8.30 malam, pertama kalinya Malaysia menyertai Kempen Earth Hour secara rasmi. Sasaran seramai lebih satu juta penduduk di 1000 buah bandar di seluruh dunia memadam lampu yang tidak digunakan selama satu jam bagi menunjukkan keprihatinan terhadap pemanasan global. Tahun ini, seluruh dunia akan menyambut dan mengadakan Earth Hour pada 31 Mac 2012 (Sabtu). Malaysia secara amnya akan melakukan Earth Hour begitu juga Bandaraya Kota Kinabalu. Kita mensasarkan lebih ramai akan melakukan Earth Hour di rumah dan premis masing-masing dan semakin ramai juga yang mengetahui dan memahami apa itu sebenarnya Earth Hour. Pelbagai aktiviti menarik telah dirangka untuk memeriahkan sambutan Earth Hour 2012 yang boleh disertai oleh warga bandaraya seterusnya memberi ruang warga bandaraya menyatakan sokongannya antaranya :-

  • Sidang Media Program Earth Hour 2012 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu
  • Penglibatan Warga Bandaraya Melalui Publisiti Kepada Awam dan Warga Bandaraya Untuk Melaksanakan Earth Hour Di Rumah dan di Tempat Kerja  
  • Pelaksanaan Earth Hour 2012 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu Pada 31 Mac 2012 (Sabtu) bertempat di Sutera Harbour Dan First Beach Tanjung Aru.
  • Aktiviti Berbasikal dari Sutera Harbour Ke First Beach Tanjung Aru pada 31 Mac 2012 (Sabtu) bersama para VIP dan awam sebagai simbolik yang memberi makna ”Save Energy For The Planet and Towards Green Energy”
  • Mini Konsert “Low Power” di First Beach Tanjung Aru    
Daftarlah sebagai tanda sokongan anda menyokong Earth Hour bagi tahun 2012 ini. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman sasawang DBKK http://www.dbkk.sabah.gov.my/ 


PS: INFO ini dipetik melalui laman sasawang DBKK.

No comments:

Post a Comment