Tuesday, October 30, 2012

Labuan - Jelajah seluruh Labuan.

hai bloggers

Terlalu lama saya tidak updated blogs ni. kali terakhir, cerita mengenai perjalanan ke Labuan tetapi terhenti di tengah jalan. Untuk cerita kali ini, saya sambungkan semula cerita pasal labuan.  Sebenarnya, saya tidak tahu sangat pasal Labuan ni. Anda bolehlah melayari laman sasawang Perbadanan Labuan sekiranya anda ingin mengetahui lanjut mengenai labuan...

Tapi kali ni, saya ingin berkongsi tiga keping gambar tempat di Labuan yang telah saya lawati. Tempat ni sebenarnya telah menarik hati saya kerana ia mempunyai nilai-nilai sejarah yang tinggi yang harus dijaga oleh pihak berkuasa dan merupakan salah satu tempat wajib sekiranya anda berkunjung ke Labuan.

CHEMNEY adalah kawasan peninggalan dan merupakan tapak sejarah bila mana ia merupakan bangunan yang penuh teka teki. sehingga kini, pihak berkuasa masih gagal mengetahui tujuan sebenar pembinaan Chimney tersebut. Ada yang mengatakan ia sebagai lighthouse bagi kapal yang melintasi perairan labuan, ada juga yang mengatakan ia sebagai timbunan pengudaraan (serombong asap), tetapi kajian telah mendapati tiada asap pernah mengalir melalui ruang tengah Chemney tersebut, akibatnya bangunan ni menjadi teka teki sehingga kini. Untuk makluman anda, ketinggian Chemney ini adalah 106 kaki, dibina dengan menggunakan 23,000 bata merah yang diimport dari England.


TUGU PENYERAHAN aka Tugu Pendamaian terletak di kawasan Kampung Layang-Layangan ini dibina indah dengan kawasan landskaping yang menghijau. Pembinaan tugu dengan bukit yang membesar dibangkitkan dengan dua tembok yang melengkung, diilhamkan oleh pihak berkuasa jepun yang menakluki labuan ketika itu. Untuk makluman anda, Labuan pernah dijajah oleh pihak Jepun selama 4 tahun sebelum Labuan diserahkan kepada Allied forces. Taman ini adalah merupakan simbol pendamaian dan keharmonian.

WORLD WAR II MEMORIAL terletak di Jalan Tanjung Batu ini merupakan memorial terbesar di Malaysia dengan menempatkan seramai 3908 hero perang dari Australia, Britain, India, New Zealand dan Malaya. setiap tahun, akan diadakan Hari Memperingati Mangsa Perang yang jatuh pada 11 November.




tu serba sedikit mengenai Jelajah labuan yang telah saya lakukan. bagi anda yang nak datang ke labuan, ada disediakan pelbagai bajet hotel dengan harga yang amat murah. seperti yang ada ketahui, Pulau Labuan merupakan pulau bebas cukai, jadi harga barangan pun murah jika dibandingkan dengan tempat lain. kebanyakan mereka yang berkunjung ke Labuan, ada tiga item yang menjadi kegemaran untuk di bawa pulang iaitu Alcohol, Coklat dan Rokok, walau bagaimanapun ada limit yang dihadkan oleh pihak berkuasa bagi ketiga-tiga item tersebut. Datang lah ke Pulau Labuan.

peace.















No comments:

Post a Comment