baru-baru ini saya telah bercuti di Pulau Sapi, salah satu gugusan pulau yang terdapat di Taman Maritim Tunku Abdul Rahman. buat pertama kali menjejaki kaki ke pulau ini sememangnya amat mengujakan terutama kepada anda yang meminati keindahan alam semulajadi. Keindahan yang tiada tandingnya membuatkan pulau ini menjadi destinasi pilihan kepada pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu. Perjalanan ke pulau ini dari tanah besar Kota Kinabalu hanya mengambil masa 20minit. Bagi anda yang ingin berkunjung ke sini tentunya tertanya-tanya apakah aktiviti yang akan dilakukan selain daripada mandi manda di tepi pantai. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti bermain Banana Boat, Scuba Diving, Parasiling, Snorkeling dan macam-macam aktiviti pantai mengikuti kegemaran anda.
![]() |
Menggunakan kuasa enjin Yamaha 150, perjalanan hanya mengambil masa 20minit sahaja. |
![]() |
kejernihan air laut dan kehijauanya amat memukau mata |
![]() |
Pemandangan Pulau Sapi |
![]() |
Pantai yang bersih dan memutih |
![]() |
bersantai bersama keluarga di tepian pantai ini pastinya mengamit seribu kenangan |
![]() |
keindahan pulau yang sentiasa menjadi tarikan pelancong |
![]() |
amat mempersonakan |
![]() |
memukau ... |
![]() |
Ikan di sana sini .. |
yang telah merancang untuk ke Kota Kinabalu, jangan lupa selitkan itinerary anda ke Pulau Sapi ataupun mana-mana pulau dalan gugusan Taman Tunku Abdul Rahman. anda pasti terpegun... datanglah ke Kota Kinabalu. Bandaraya Peranginan semulajadi.
peace,,
cantiknyeeee....bole g honeymoon nih...ngeee...
ReplyDelete