Monday, April 25, 2011

PERINGATAN : cukai pendapatan



Atas dasar tanggungjawab saya telah mengisi e-filing untuk cukai pendapatan tahun 2010. mengisi e-filing ni sangat mudah tetapi banyak perkara yang kurang faham dan ada maklumat yang diminta, saya tidak faham. apapun diharap maklumat yang saya berikan adalah tepat dan memenuhi kehendak LHDN. Untuk makluman, ini adalah kali pertama saya mengisi e-filing untuk cukai pendapatan. Oleh itu,  kepada anda yang telah dikenakan cukai, pastikan anda telah mengisi e-filing untuk mengelakkan diri anda mendapat masalah di masa depan. kalau tidak silap, kepada yang engkar daripada membayar cukai, anda mungkin tidak akan dibenarkan untuk keluar negara.  Peringatan, sesiapa yang memberikan maklumat palsu akan dikenakan penalti.

Makluman Penting -  Tarikh akhir pengemukaan borang dan bayaran baki cukai kena dibayar bagi punca pendapatan bukan perniagaan adalah pada 30 April 2011. silalah melayari https://e.hasil.gov.my/ untuk tujuan ini.

peace.

2 comments:

  1. Alhamdulillah, dah settlekan sejak awal Mac lagi, duit diskaun pun dah dapat... huhu

    online je, mudah

    ReplyDelete
  2. wooooo... ade beli buku tak? sebab boleh rebate balik, janji resit simpan kalu2 deme nak cek. beli insurance pun boleh rebate income tax.


    anyway, happy labor day

    ReplyDelete