Tahukah anda tagline Bandaraya Kota Kinabalu? saya percaya ramai diantara anda yang masih tidak mengetahui apakah tagline Bandaraya Kota Kinabalu. oleh itu, saya ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa tagline Bandaraya Kota Kinabalu adalah :
BANDARAYA PERANGINAN SEMULAJADI
(Kota Kinabalu Nature Resort City)
Kenapa Bandaraya Peranginan Semulajadi? ini disebabkan Bandaraya Kota Kinabalu ada pilihan tepat bagi yang mengemari percutian yang berkonsepkan alam semulajadi. seagai contoh, bagi yang mengemari aktiviti laut, bolehlah berkunjung ke Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Gayana atau anda juga boleh berkunjung ke Survivor Island. Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu pastinya sesuatu yang unik dan tiada seumpamanya di negeri-negeri lain. yang pasti, Bandaraya Kota Kinabalu masih lagi mengekalkan khazanah hutan yang mampu mengimbangi ekosistem alam semulajadi. bagi anda yang ingin melawat ke Kota Kinabalu Bandaraya Peranginan Semulajadi, bolehlah melayari lawan sasawang Sabah Tourism yang memuatkan banyak info berguna mengenai bandaraya yang ku cintai ini.
peace.
No comments:
Post a Comment