Dear Bloggers
pada 12 haribulan 11 yang lalu, saya telah mengikuti rombongan Jabatan ke satu destinasi terkenal di Negeri Sabah iaitu Kota Belud. Kota Belud ini terkenal bukan sahaja dengan tamu besarnya tetapi ia juga dikenali dengan kepakaran rakyatnya menunggang kuda.
tetapi apa yang hendak dijadikan cerita adalah bukan aksi penunggang kudanya, dan bukan mengenai tamu besarnya. tetapi adalah berkenaan dengan kisah lawatan ke kota belud anjuran jabatan tempat saya bekerja. ramai yang tertanya-tanya mengapa kota belud dijadikan destinasi pilihan untuk lawatan kali ini, alasan yang paling nyata adalah Pakej penginapan yang ditawarkan oleh Usukan Cove Lodge adalah yang paling berpatutan disamping menawarkan harga yang paling murah sesuai dengan bajet.
sebelum bertolak ke kota belud, macam-macam cerita yang tidak sedap didengari apatah lagi ia berkenaan dengan kisah Balan-Balan yang begitu senonim dengan daerah Koboi ini. Akibatnya ramai diantara ahli rombongan membawa limau sebagai pelindung. dikatakan Balan-Balan ini takut dengan limau kerana bau limau yang begitu kuat. Malah saya sendiri diberikan sebiji limau untuk diletakkan di tepi katil. Ada juga yang mengatakan, Balan-Balan ini takut dengan benda tajam seperti paku dan pokok yang berduri kerana takut isi perut yang diheret bersama ketika terbang tersangkut pada benda tajam tersebut. ada juga peringatan diberikan sekirnya terdengar bunyi umpama burung, kalau bunyi tersebut kedengar jauh ini bermakna Balan-Balan tersebut berada berhampiran anda, dan sebaliknya sekiranya bunyi tersebut kedengaran dekat maka Balan-Balan itu berada jauh.
Kisah Balan-Balan ini sebenarnya telah diturunkan dari mulut ke mulut sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Malah ada filem diterbitkan. Walau bagaimanapun, rasanya tidak perlu takut untuk ke kota belud kerana pekan koboi ini sebenarnya satu pekan yang begitu cantik dengan keajaiban alam semula jadinya. untuk n3 yang akan datang saya akan memperlihatkan betapa cantiknya kawasan Usukan Cove Lodge ini dan sekiranya ingin untuk bermalam di lodge ini bolehlah melayari laman sasawang Inno Sabah atau pergi sahaja ke Enjin Pencarian dan taip usukan cove lodge. anda pasti tertarik..
peace.
No comments:
Post a Comment