Tahukah anda bahawa, satu masa dahulu Jalan Gaya, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jalan Bond sekitar tahun 1930an dengan hanya 17 buah kedai yang dibina? semamangnya kita yang kurang arif mengenai sejarah Kota Kinabalu pastinya tidak pernah mendengar mengenai Jalan Bond ini. Walau bagaimanapun, tidak perlu risau, kerana kita berpeluang untuk menyingkap kembali sejarah lama pada program yang bertajuk "BONDING WITH GAYA STREET' yang akan diadakan khusus untuk mengembalikan warisan sejarah di Jalan Bond.
Pelbagai cara menarik yang diadakan seperti berikut:
HARI PERTAMA : 10 FEBRUARI 2012 (JUMAAT)
08.00malam - 11.00malam
Wayang Free @ Wayang Pacak akan diadakan di Padang Merdeka Kota Kinabalu. Penganjur menasihati Bring your own tikar... silalah datang beramai-ramai, bawa ahli keluarga dan rakan taulan.
HARI KEDUA : 11 FEBRUARI 2012 (SABTU)
09.00pagi - 12.00tengahari
Pelancaran program yang akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Abidin Madingkir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu di Lintasan Daesoka, Kota Kinabalu. yang tidak mengetahui Lintasan Daesoka, ia terletak di antara Bangunan DBKK dan Jalan Gaya . Orang Ramai juga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara ini.
03.00petang - 06.00petang
satu acara bertajuk 'REVOLUSI TIKAR' akan diadakan oleh Borneo Youth Revolution di Padang Merdeka.
03.00petang - 06.00petang
acara diteruskan dengan 'LOVE STORY TELLING' juga diadakan di Padang Merdeka
05.00petang - 06.00petang
acara yang sama akan berlangsung iaitu MASYARKAT MUZIKA (Veteran dan Youth Session Jam)
06.00petang - 10.30malam
anda pastinya tidak mengetahui bahawa tahun-tahun 60an dan 70an, Negeri Sabah mempunyai artis tempatan yang cukup terkenal dan pernah mengharumkan nama Sabah di peringkat kebangsaan. Lagu-lagu yang dimainkan menjadi siulan muda mudi ketika itu, rentak muzik dan irama bergema disetiap corong radio. Lagenda yang dek pudar ditelan zaman akan kembali menghangatkan suasana pada malam konsert 'TOGETHER AGAIN'. Ingin tahu siapakah artis tersebut, saksikan sendiri kehebatan mereka di Padang Merdeka.
11 - 12 FEBRUARI 2012
Sepanjang program ini dijalankan, Community Heritage Exhibition diadakan di sepanjang Jalan Gaya, terdapat juga persembahan Acoustic Jalanan dan Pameran kereta-kerata lama juga pameran gambar sekitar tahun 60an dan 70an yang memaparkan zaman Jalan Bond. Pihak penganjur juga ada menyediakan Dropbox bagi anda yang mempunyai gambar-gambar menarik / cerita dan ingin dikongsi bersama untuk tatapan masyarakat, bolehlah singah sekejap di Kedai Kopi Sen Chong Wah berhampiran dengan Tung Nam BookStore.
DATANG JANGAN TAK DATANG
.. anda pasti dapat merasakan suasana di Jalan Bond.
No comments:
Post a Comment