Tuesday, February 7, 2012

KEBAIKKAN BERHENTI MEROKOK

Dear Bloggers

Hari ini saya telah membuat pemeriksaan rutin kesihatan di Klinik Luyang. Ketika menunggu untuk berjumpa Doktor, saya memandang sekeliling dinding klinik tersebut yang banyak menampalkan poster-poster yang memberi peringatan kepada kita untuk sentiasa menjaga kesihatan. Sementara dipanggil, saya mengambil kesempatan untuk membaca maklumat pada poster tersebut. Kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan perlu diutamakan oleh semua bukan sahaja diri sendiri malah kepada orang-orang yang terdekat dengan kita.

Saya melihat keadaan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan, terasa sayu dihati dan terasa betapa seksanya mereka menahan sakit tersebut. jesteru itu, ingin saya simpulkan dari maklumat yang dibaca, kunci kepada mencapai tahap kesihatan yang baik adalah BERSENAM, DIET SEIMBANG, dan BERHENTI MEROKOK.




Banyak poster yang dilekatkan menyarankan si perokok agar berhenti merokok. Kepada si perokok tentulah naik berang kepada poster ni kerana nikmat merokok mengatasi segalanya. Sebenarnya kebaikkan berhenti merokok ni banyak antaranya adalah :

  • Risiko Kanser, Penyakit Jantung dan penyakit-penyakit lain akan menurun
  • Stamina anda akan bertambah baik
  • Nafas anda tidak berbau rokok
  • Batuk anda akan hilang
  • Anda dapat bernafas dengan baik
  • Anda merasa lebih segar
  • Anda dapat merasa dan menghidu dengan baik
  • Jantung dan paru-paru anda menjadi lebih sihat

Walau apapun, pilihan ditangan masing-masing. Cuma berhenti merokok memberi banyak kebaikkan dan terus merokok membawa banyak keburukan bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada yang tidak merokok.

Peace...


No comments:

Post a Comment