Monday, December 10, 2012

Lembah Danum, Sabah.

dear bloggers...

Saya telah mengikuti ekspedisi Lembah Danum anjuran Kelab Rekreasi dan Sukan (REKA) DBKK yang telah diadakan pada 30 November hingga 02 Disember.  Perjalanan ke Lembah Danum dari Kota Kinabalu mengambil masa 13 jam (termasuk masa rehat di Bandar Lahad Datu). Seramai 38 ahli REKA telah menyertai ekspedisi ni yang mana ia merupakan pengalaman kali pertama pada kebanyakkan ahli. Saya yang memang telah lama memendam keinginan hendak ke Lembah Danum tidak melepaskan peluang untuk turut serta. Untuk makluman bloggers, Lembah Danum ni terletak di tengah-tengah hutan belantara dalam daerah Lahad Datu dan ia telah dijadikan  hutan simpan yang dijaga dengan ketat oleh Kerajaan Sabah. 

Hendak ke Lahad Datu, anda boleh memilih samada hendak menggunakan MAS Wings ataupun perjalanan darat. seperti yang saya nyatakan tadi, perjalanan kami yang mengambil 13 jam amat menguji kekuatan mental, penatnya hanya Tuhan saja yang tahu. Pun begitu, demi lembah danum saya gagahi juga.

Rombongan kami telah memilih untuk bermalam di Lembah Danum Field Centre dengan kemudahan yang cukup selesa. Asrama kami lengkap dengan kemudahan asas iaitu tandas, katil double decker, dan dapur juga elektrik. Ketika kami berada di asrama ini, pihak pengurusan memaklumkan terdapat gangguan internet maka wifi gagal berfungsi. memandangkan lembah Danum terletak dalam hutan tebal, talian telefon bimbit tidak berfungsi (no lines).


banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di Lembah Danum ni antaranya jungle treaking, nite jungle treaking, nite safari, dan bermacam-macam lagi. Sepanjang kami berada di Lembah Danum, kami telah mengikuti aktiviti jungle treaking dan nite safari. memandangkan hujan, aktiviti ke canopy terpaksa dibatalkan. Pengalaman terserempak dengan Gajah Liar, musang, memerang, ayam hutan, kuching hutan, babi hutan, burung enggang, monyet jabon, monyet liar merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan ia tidak sama dengan pengalaman melihat haiwan liar dalam zoo. saya juga telah diserang oleh pacat. Kalau anda ingin merasa pengalaman berada di Lembah Danum, datang lah ye.. Sabah pasti memberi anda sejuta pengalaman yang tiada tandingnya... 














Peace...

No comments:

Post a Comment