Monday, April 4, 2011

Keadaan Cuaca Sekitar Kota Kinabalu dan Kawasan Berhampiran

dear pembaca budiman


hari ini saya telah menerima emel amaran mengenai keadaan cuaca sekitar Kota Kinabalu mengenai amaran angin kencang dan laut bergelora. amaran sebegini sentiasa membuatkan hati berdebar-debar, risau dan mengakibatkan fobia. Dengan keadaan cuaca dunia yang sukar diramal, tsunami di Jepun dan Gempa bumi sana sini, sudah pasti menambahkan lagi keadaan panik. untuk itu, bagi mengesahkan amaran yang telah diterima tadi, saya mula melayari laman sasawang Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) http://www.met.gov.my/ . apa yang diperolehi, amaran yang dikeluarkan ada benar. jesteru itu, bagi berkongsi maklumat ini, saya copy dan paste kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh jabatan tersebut.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KENYATAAN AKHBAR
(04 April 2011) - kemaskini

NASIHAT LEKUKAN TROPIKA Dikemaskini pada 1.30 petang 04/04/2011

Lekukan tropika (01W) dikesan berada di latitud 8.0 Utara dan longitude 113.0 timur, 393 km Barat Laut WP. Labuan, pada pukul 08:00 pagi, 4 April 2011. Lekukan tropika ini dijangka bergerak ke arah Tenggara dengan kelajuan 17 kmsj.  Lekukan tropika ini berada kira-kira 408 km ke Barat Laut Kota Kinabalu, Sabah dan 418 km ke Utara-Barat Laut Miri, Sarawak.

Lekukan tropika tersebut dijangka mempengaruhi keadaan cuaca dan laut dibeberapa tempat di Sabah dan Sarawak. Sehubungan itu, Nasihat Hujan  lebat/Ribut Petir (Peringkat Kuning) serta Amaran Angin Kencang dan Laut  bergelora dikeluarkan dengan butiran seperti berikut:-


NASIHAT HUJAN LEBAT / RIBUT PETIR (PERINGKAT KUNING)

I) Dikeluarkan pada: 9.05 pagi 04/04/2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dan keadaan berangin dijangka berlaku di negeri Sabah; Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu dan Beaufort),  Pantai Barat (Daerah Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas) dan WP Labuan mulai malam Isnin, 4 April 2011 dan dijangka berterusan sehingga Rabu, 6 April 2011.  Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

II) Dikeluarkan pada: 3.00 petang 04/04/2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dan keadaan berangin dijangka berlaku di negeri Sarawak; Bahagian Limbang (Daerah Limbang dan Lawas) dan Miri (Daerah Miri dan Marudi) mulai malam Isnin, 4 April 2011 dan dijangka berterusan sehingga Rabu, 6 April 2011. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)

Lekukan tropika (01W) dikesan berada di latitud 8.0 Utara dan longitude 113.0 Timur, 393 km Barat Laut WP. Labuan, pada pukul 08:00 pagi, 4 April 2011. Lekukan tropika ini dijangka bergerak ke arah Selatan-Tenggara dengan kelajuan 17 kmsj.

Sehubungan itu, angin kencang Utara/Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian dari 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-layang dijangka berterusan sehingga Khamis, 7 April 2011.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.


AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di perairan Sarawak(Miri), W.P. Labuan, Sabah(Pantai Barat Sabah dan Kudat) dan Palawan dijangka berterusan sehingga Khamis, 7 April 2011.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
4.30 petang

----------------------------------------------------------------------------------------------------


untuk itu, kepada semua pembaca budiman, diharap agar dapat memastikan keselamatan diri dan keluarga. sentiasa berwaspada kepada amaran yang telah dikeluarkan dan mengambil langkah berjaga-jaga.


peace.

Pemain Bola Sepak Negeri Sabah

Dear Pemain Bola Sepak Negeri Sabah

kepada semua pemain bola sepak negeri Sabah teruskan perjuangan mengharungi saki baki perlawanan liga super.. tunjukan aksi hebat, pertahanan maruah bola sepak negeri Sabah yang dahulunya disanjung tinggi..  bermainlah sepenuh hati dan bersungguh-sungguh. Sabah Boleh...

peace.

Saturday, April 2, 2011

DUIT DUIT DUIT.. DUIT DUIT DUIT..

Dear bloggers/pembaca budiman


DUIT... DUIT.. DUIT...
tabungan untuk masa depan anda.


Ada yang berpendapat bahawa duit merupakan satu kuasa terhebat di dunia. ada duit semuanya boleh jalan, boleh jadi dan semuanya boleh.. bila tiada duit pula orang akan kata boleh blah. percayakah anda, ada orang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan duit. tetapi selaku manusia yang waras, mendapatkan duit dengan cara yang halal adalah dituntut. mendapatkan duit daripada sumber yang tidak halal, merupakan satu langkah yang tidak bijak dan ia dilarang oleh agama.  untuk itu, kita perlulah menguruskan sumber kewangan kita dengan sebaik mungkin. hidari diri daripada menjadi hamba duit sehingga mengadaikan maruah diri dan terjerumus ke dalam institusi kewangan yang tidak diiktiraf seperti along dan ceti haram.

cara terbaik untuk mengurus duit anda adalah:

  • 30% daripada hasil pendapatan seperti gaji bulanan diasingkan dan dimasukkan kedalam akauan yang berlainan. 
  • masukkan RM1.00 sehari kedalam tabung. kalau genap 30 hari maksudnya duit simpanan anda dah mencecah RM30.00 ringgit. bayangkan anda lakukan untuk 100 hari, setahun, dua tahun, tiga tahun? duit anda berlipat kali ganda
  • jangan sesekali anda melabur kedalam skim cepat kaya tanpa anda membuat penyelidikan terlebih dahulu. yang pasti tiada cara tercepat untuk menjadi kaya. melaburlah pada institusi kewangan yang boleh dipercayai seperti BSN
  • pada anda yang pakar dalam dunia IT, peluang terbuka luas untuk anda mendapatkan pendapatan sampingan. Nuffnang adalah salah satu peluang yang tidak harus dilepaskan.
walau bagaimanapun, setiap langkah yang bakal diambil untuk memastikan anda sentiasa berduit, memerlukan iktizam dan semangat yang tinggi, disiplin dan fokus agar segala langkah akan mendatangkan hasil yang diinginkan. orang kata duit bukan seperti memetik daun di ranting. ia perlu usaha yang berpanjangan.

peace.