hari ini ketika sedang berkumat kamit membaca Harian Metro, tersentak dengan headline "BELASAH ISTERI LAYARI FACEBOOK". dengan penuh tanda tanya, saya terus habiskan bacaan. mengikut laporan akhbar tersebut, siasatan awal mendapati, isteri kepada suami berang tersebut mempunyai ramai kenalan lelaki dalam facebook. Walau bagaimanapun, saya tidak akan mengulas mengenai kejadian tersebut. kepada anda yang ingin mengetahui cerita lanjut bolehlah mendapatkan Harian Metro yang dijual berhampiran dengan anda.
Harian Metro Edisi Sabah, Isnin 5 September 2011 - mukasurat 2 |
Sebenarnya laman sosial ini banyak manfaatnya cuma jika tidak digunakan sebaiknya boleh menjadi bencana kepada kita. Umum sedia maklum bahawa banyak kes telah dibawa ke perhatian mahkamah kerana komen yang diberikan telah menyentuh isu sensitif dan sebagainya. kemungkinan anda sendiri pernah mengalami perselisihan faham dengan suami / sahabat / kekasih hati terhadap komen yang diajukan dalam laman sosial milik anda. Bagi pandapat saya, tidak menjadi kesalahan untuk mempunyai ramai kenalan baharu di dalam laman sosial tersebut tetapi harus memberi perhatian dan penekanan terhadap etika diri dan kepada yang sudah mempunyai hubungan sebagai suami isteri, perlu memahami batasan yang wujud.
Peace...
adehhh...x dapek den nak nolong...huhu
ReplyDeleteitulah facebook ni merbahaya sebenarnye...
ReplyDeletesaye ade facebook tp x aktif pun.lg bgus kalau facebook utk kawan2 je.x bahaye sgt kan. :)
ReplyDeleteermm. bahaya juga.. but ada juga kebaikkan ... cuma kena pandai2 membawa diri bah kan..heheh
ReplyDelete