Saturday, September 10, 2011

Safee Sali Menjalani Ujian Bersama Cardiff City

Imej: Harian Metro, Sabtu 10 September 2011: Halaman Arena

apabila membaca Harian Metro keluaran sabut 10 September 2011, saya teruja apabila membaca laporan oleh Wartawan Azlan Muhammad Zain berbunyi "Pelita Jaya FC telah memberikan lampu hijau kepada Safee Sali dan kini terpulang kepada penyerang itu untuk membuktikan keupayaan produk Malaysia beraksi dalam Liga Divisyen Dua Inggeris kepada pengurusan Cardiff City, Malky Mackay pada ujian percubaan kelab itu, isnin ini"..  teruja dengan headline, saya terus membaca laporan akhbar tersebut. Lega rasanya apabila mengetahui keputusan lampu hijau oleh Pelita Jaya kerana ia telah memberikan sedikit tekanan bukan sahaja kepada Safee Sali tetapi kepada saya selaku peminat yang ingin melihat pemain Malaysia beraksi seiring dengan pemain handalan dalam liga Inggeris itu nanti. Walaupun saya tidak begitu pandai bermain bola, dan jarang sekali bermain bola apatah lagi mengikuti perkembangan bola Sepak Malaysia, namum saya amat berbangga dengan pencapaian Safee Sali dan Mohd Safiq Rahim yang dipelawa untuk menjalani ujian bersama Cardiff City dan tidak sabar rasanya menanti keputusan ujian tersebut. Kepada semua bloggers, doakan kejayaan kedua-dua pemain ini agar terus beroleh kejayaan seterusnya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia...



4 comments:

  1. baru pergi amik ujian je..tu pun pasal owner dr malaysia..klu tak jgn harap nk dpt panggilan...tak teruja mana pun

    ReplyDelete
  2. harap kedua2 pemain ni boleh masuk ke dalam Cardiff tersebut. ini pun demi kemajuan bola sepak negara.

    ReplyDelete
  3. dah belepas hari ini ke london.... safiq x dpt pegi....selangor tak lepaskan...

    ReplyDelete